✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, August 29, 2013

"Ajalnya di Malaysia" - Pelajar Mesir


KUALA BERANG – “Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.

“Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia,” kata Rosfaliza Mat Ros, 48.

Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.

“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.

Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya,” katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.

Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.

“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.

“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sumber : Sinar Harian

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.innalillahiwainnalillahirojiun..al-fatihah. semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini :(

Azhafizah Md Nor said...

Al fatihah...

Shark Kay said...

takziah buat keluarga mangsa..
muda lg..

Nisa Greennnpanda said...

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..

Sukma Haron said...

al fatihah......

Ibu Lala said...

Al fatihah utk keluarga mangsa

mujahidah maisarah said...

sedehnya, Allah lebih sayangkan dia.

Fizi Zaidi said...

Al-fatihah bt arwah Abdullah..kawan lama fizi..moga arwah ditempatkan dengan orang2 beriman..

Cik Fie said...

al - fatihah

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com