✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, August 22, 2013

Gereja Tua Dijadikan Masjid di Kota Kinabalu, Sabah

Mungkin ramai orang yang tidak mengetahui bangunan yang berdiri segak, berwarna putih konkrit atas bukit menghala ke Bandaraya Kota Kinabalu adalah sebuah bangunan Gereja Tua seperti yang tertera didepan menara bangunan tertulis 3 huruf iaitu SDA atau 'Seventh Day Adventist' Church. Untuk pengetahuan anda, Lambang tiga huruf itu "SDA" disingkatkan menjadi "Syurga Dan Akhirat".

Apa yang menarik disini ialah betapa murninya jiwa dan naluri orang kita sehingga Gereja yang pada asalnya di jadikan sebuah Masjid tempat orang Muslim beribadah.

Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Sabah yang punya didikan dengan penuh kasih sayang sejak turun temurun lagi. Orang sabah semua bersaudara lagi pun dari dulu hingga sekarang sabah ada ikatan kekeluargaan yg sgt kuat dan inilah yang menjadikan penduduk Saah tidak benci membenci antara satu bangsa dan agama yang lain ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa juga.

Persoalannya yang timbul ketika ini, bolehkah gereja ini digantikan dengan Masjid tempat orang Islam beribadah ? Mohon pencerahan pihak yang tahu tentang isu ini. Semoga ia dapat membantu kami orang-II yang berada di Sabah.

18 comments:

Ayu Zan said...

musykil gak tu..

Nadia Johari said...

kene tnya pakar ni

✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ said...

Ohh masjid tu.. yaa I pernah tgk kat atas bukit and pernah dgr azan di laungkan jugak masa asar.. tiba-2 terfikir, adakah org nk naik solat atas bukit tu. tapi ternyata adalah jugak org yg solat.. mcm pemandu teksi kat area situ

Nadya Dyana said...

hmm kena tanya orang nih.

Syarafi[skyforce331] said...

betul jugakkan, boleh ke?

Ahmad Amiruddin said...

tiada masalah gereja dijadikan masjid.. dalam sejarah islam, sejak zaman pemerintahan sahabat-sahabat nabi saw bnyk gereja dijadikan dan ditukar sebagai masjid. ^_^

Sukma Haron said...

banyak kemusykilan di sini....

MK Kimi said...

Tiada masalah. Zaman byzantine dulu ada bbrp gereja ditukarkan fungsi menjadi masjid. Contoh paling byk di turki..

Kuazue Mohd said...

ya..ikut sejarah nya tiada masalah..tapi..lebih baik yg pakar memberi ulasan kans..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Tak ada masalah apa2 kalau nk tukar gereja ke masjid.. janji, benda2 yang kaitan dengan agama lain tu cam statue apa semua tu kne buang la... boleh je.. wahhh baru tahu ni, selalu dengar dari luar negara

NaNami NaGahAmA said...

tak ada masalah langsung. Dkt Europe banyak je gereja dijadikan masjid.

Cik Fie said...

kena tanya org dulu .

Darren Dex said...
This comment has been removed by the author.
Darren Dex said...
This comment has been removed by the author.
Darren Dex said...

npknya pemilik blogger ini telah pun spin cerita sebenar tentang gereja ini.SDA bukanlah bermaksud atau pun di singkatkan nama spt yg disebut Syurga Dan Akhirat.setelah gereja itu ditukarkan ke masjid nama tulisan SDA(Seven Day Adventist)itu memang tidak dpt diubah suai atau pun dipadam dan digantikan dgn tulisan atau pun yg berkonsepkan islam.mengapa?ramai yg telah mencuba tetapi gagal sehingga kini.hanya mereka yg pernah bersembayang di gereja ini satu ketika dulu saja yg tahu disebalik cerita misteri ini.persoalanya sekiranya penganut kristian juga membuat pekara yg sama dgn menukarkan masjid kpd gereja?apakah perasaan anda?mungkin kah ia akan berlaku?renung-renungkan lah..

bbie betty said...

KEMISTERIAN 'MASJID SDA':

Perhatikan gambar ini secara teliti dan pastinya anda akan dapat membaca dengan jelas perkataan 'SDA' yang terpahat / tertanam di dalam binaan batu dinding masjid tersebut.

Bangunan bekas gereja ini wujud sebaik sahaja Perang Dunia II berakhir. Tulisan SDA yang tertera pada bangunan ini diperbuat daripada bata kaca.

Pada awal tahun 1960-an, kerajaan Sabah ketika itu membeli gereja tersebut dan bangunan itu ditukar bentuk menjadi sebuah masjid.

Dalam proses menukar wajah bangunan ini ke arah lebih Islamik, kontraktor diupah untuk membuka glass brick SDA tersebut. Walaubagaimanapun, ketika percubaan pertama orang yang cuba mengetuk (pahat) pada tulisan tersebut, dengan pantas KILAT MENYAMBAR pahat tersebut. Kontraktor itu kemudiannya tidak mahu meneruskan kerja tersebut dan memberitahu semua orang tentang kejadian pelik tersebut.

Tidak lama kemudian, kontraktor lain pula diupah untuk menghapuskan perkataan 'SDA' tersebut. Namun malangnya, usaha kedua itu juga gagal apabila 'scaffolding' tempat lelaki itu berdiri patah secara tiba-tiba. Lelaki itu jatuh dari tempat yang tinggi lalu cedera dan tidak lagi mahu meneruskan kerja tersebut. Seperti kontraktor pertama, dia juga menceritakan kejadian aneh itu pada semua orang.

Tidak terhenti di situ, usaha untuk menututp perkataan tersebut diteruskan dengan menanam pokok kelapa dengan tujuan 'melindungi' perkataan tersebut. Tapi setelah pokok itu tumbuh tinggi mencapai perkataan 'A', pokok Kelapa itu 'mati' serta merta. Penanaman dibuat berulang kali namun tetap gagal apabila setiap pokok Kelapa yang ditanam 'mati' setelah mencecah ketinggian perkataan 'A'. Orang ramai yang menyedari kejadian tersebut semakin merasa pelik kerana pokok kelapa dan pokok kelapa sawit di sekitar pokok yang mati itu masih subur tanpa sebarang masalah.

Hinggalah ke hari ini, glass brick SDA yang tertanam pada dinding masjid SDA tersebut masih kekal dan tiada usaha lanjut untuk 'memadam'kannya dilakukan.

Ketika saya mengambil gambar ini, saya berdiri di tapak perhentian teksi. Dan ketika saya ingin menggambar masjid berkenaan, beberapa pemandu teksi di situ menegur saya..

"Saya tahu kenapa kamu mengambil gambar masjid tersebut... kerana kerajaan tidak dapat buka tulisan itu.. tulisan 'SDA' itu akan kekal sampai bila-bila..."

Sudah ramai yang tahu tentang cerita itu, tambah mereka.

- Glenn Townend

=========================

Dennelton Mandiau said...

Timbul persoalaan sebaliknya. Bagaimana kalau masjid dijadikan gereja? Mohon penjelasan :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com