✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, August 29, 2013

Misteri Kandungan McDonald's Chicken McNuggets


Hari ini kami mengumumkan penyiasatan pertama yang dijalankan di Makmal Forensik Makanan Natural News, cawangan yang berkonsepkan penyelidikan sains di mana kami meneliti makanan di bawah mikroskop dan mencari apa sebenarnya yang ada di dalam makanan itu.

Awal hari ini, saya telah membeli 10 ketul Chicken McNuggets dari sebuah restoran McDonald di Austin, Texas. Di bawah pengawasan yang ketat dan penuh berhati-hati, saya memeriksa nuget tersebut di bawah mikroskop digital berkuasa tinggi, menyangkakan hanya akan menjumpa ketulan kecil daging ayam yang diproses disebalik kerangupan kulit nuget itu.

Tapi, apa yang saya temukan amatlah mengejutkan sekali! Saya telah banyak melihat benda-benda pelik dalam kajian dan penyelidikan ke atas makanan dan nutrisi, namun saya tidak pernah menjangkakan sesuatu yang seperti ini.....

Terkini : Natural News telah menunjukkan beberapa keping  foto Chicken McNuggets yang mengandungi "fiber misteri", seperti yang anda lihat di bawah.











Seperti yang ditunjukkan dalam foto-foto di atas, Chicken McNuggets dipercayai mempunyai kandungan fiber yang pelik yang mungkin sesetengah orang memanggilnya sebagai "Morgellon's".

Kami menemui struktur yang kelihatan seperti bulu hitam yang melekat di dalam nuget, juga struktur yang berbentuk seperti telur yang melekat pada bulu atau fiber.

Ia ditunjukkan dengan keterangan yang lebih jelas dalam gambar berkenaan, yang diambil pada 15hb Ogos 2013 di Makmal Forensik Makanan Natural News. Sampel Chicken McNuggest yang sebenar yang digunakan seperti dalam gambar telah disejukbekukan sebagai bukti forensik.

Kami juga menemui tompokan berwarna merah di beberapa tempat, juga objek berbentuk sferikal yang menyerupai alga.

Kami tidak menyatakan atau membuat kesimpulan bahawa objek-objek ini menjadikan Chicken McNuggets McDonald tidak selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, kami percaya bukti bergambar ini mampu mencetuskan penyiasatan FDA (Food Development Association) ke atas kandungan komposisi Chicken McNuggets.

Soalan yang paling utama, dari manakah struktur yang seakan rerambut ini datang? Ini adalah soalan yang paling utama perlu dijawab, memandangkan ayam tidak diproses bersama bulunya. Adakah mungkin terdapat pencemaran bersilang sewaktu memproses Chicken McNuggets? Soalan ini perlu dijawab.

Kongsikan penemuan ini dengan semua orang.

13 comments:

Normi Nieza said...

biar btl???

Khamsi Abdullah said...

Eeuww~~ nasib baik saya dah boikot lama :)

Azhafizah Md Nor said...

errr..ni mesti masa process makanan ni ada yang tak ok ni.

Nurfaezah Abdullah said...

euww yang macam rerambut tu

dear xila said...

yekkkkkk nasib dh boikot mekdi fuhh

Shark Kay said...

adeh..
harap2 berlaku di Texas jer..
Malaysia punya bersih lg kot:)

Sukma Haron said...

dah lama tak makan mekdi...haru biru...

mazni said...

hahaha nasib baik sye tak makan mcD :D

Ibu Lala said...

Eii takutnya. Ank akk suka mkn nugget mcd. Tp x selalu la.

mujahidah maisarah said...

adoi..gelinya.. dahlah baru2 ni iqa ada makan nugget ni. taubat taknak makan.

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Perghh...betul betul seram nih...
Rerambut?
Macam fibre pun ada...

~~~ dah lama boikot MC D...
Malaysia punya cmne laaa....

x0x0 ^_^

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan

Cik Fie said...

saya dah boikot lama dah pon :)

Mohd Azry said...

Erkk..cmni ka..agak2 r pasni kmu suma nk mkn lg x? :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com