✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, August 23, 2013

Punca Sebenar Kemalangan Bas Jatuh Gaung di Genting Highland


KUALA LUMPUR – Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata, sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

“Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan,” katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

“Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung,” katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas,” katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

“Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

“Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki),” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya. – BERNAMA

5 comments:

Shark Kay said...

baca pn dh seram..
apatah lg bila duk kt dalam tu.
uisk..
kalu tgk balik tmpat kjadian mmg ngeri.

Ieka Farhana said...

jatuh sebanyak 2 kaki wuuu kalau 2 kaki tuh jauh tuh seram seram

Busyra Bt Takiyudin said...

saat kmenakutkan bagi mereka yang mngalaminya.

Asmar Arafad said...

seram lah..

Cik Fie said...

seram sgt .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com