✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, August 15, 2013

Suara Misteri Menyeru Cabut Batu Nisan


ALOR GAJAH – Angkara kepercayaan karut, dua adik-beradik dicekup polis selepas mencabut berpuluh batu nisan di sebuah Tanah Perkuburan Islam di Solok Zakaria di sini Isnin lalu.

Perbuatan kedua-dua beradik yang berusia 44 dan 58 tahun itu disedari pada pukul 9.30 pagi Isnin lalu oleh seorang penduduk kampung yang terdengar bunyi hentakan di belakang rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan tersebut.

Menurut saksi, Azri Ayob, 53, selepas mendengar hentakan tersebut dia terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila melihat dua orang iaitu lelaki dan perempuan sedang mengetuk batu nisan di tanah perkuburan menggunakan tukul besi.

“Saya kemudian bertanya mengapa berbuat demikian dan mereka beritahu mendapat ‘seruan daripada tuhan’ yang menyuruh mencabut batu-batu nisan itu kerana mendakwa tiada orang di dalam kubur tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

7 comments:

Normi Nieza said...
This comment has been removed by the author.
Normi Nieza said...

masyaAllah

Sally Samsaiman said...

MEANS THAT? amalan karut ke ni..?

Shark Kay said...

Ajaran mn plak kali ni..
Mcm2 hal skarang.

higashi east said...

memang la tak de orang dalam kubur tu
yang ada dalam kubur tu mayat yang dah reput la...
batu nisan tu sebagai penanda kedudukan mayat agar dapat dikenali dan diketahui pemilik kuburan tersebut
kengkadang manusia cakap betul tetapi tak gunakan logik akal fikiran berpandukan alquran dan assunah

manusia... manusia....

Ct Noraishah said...

macam-macam

Cik Fie said...

masyaAllah

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com