✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, August 16, 2013

Wah Cun Giler Bakal Isteri Halim Othman



Rasanya, kesemua rakyat Malaysia yang pernah mendengar radio mengenali Halim Othman. Suaranya telah begitu lama menghiburkan para pendengar. Kini bergandingan dengan Adibah Noor di radio Suria FM, sehingga ke hari ini Halim Othman masih lagi belum mendirikan rumahtangga.
kekasih halim othman



Sebentar tadi, Abang Nara menerima kiriman gambar-gambar Halim Othman bersama seorang wanita yang boleh tahan cantiknya. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Sama cantik dan sama padan. Menurut si pemberi makluman, si wanita ini adalah bakal isteri Halim Othman.


Dikatakan wanita yang berjaya mencuri hati Halim Othman ini bernama Dania Danisha dan berasal dari Palong, Negeri Sembilan. Jika benar Dania adalah bakal isteri Halim Othman, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

Kalau tak silap Abang Nara, tahun ini umur Halim Othman ialah 48 tahun. Memang molek benarlah mendirikan masjid. Semoga dipermudahkan buat Halim. Kahwin nanti jangan lupa jemput ye. Hehehe.

3 comments:

Cik Fie said...

tahniah :)

Normi Nieza said...

tahniah

Sharifah Norqamarina said...

psttttttt...bukan ke abg Halim ni dah nafikan.. dan katanya tak selesa sebab awek tu asyik nak gambar berkepit jew........ huhuhuhuhuhu

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com