✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, September 5, 2013

Alhamdulillah. Ina Naim Kini Berpurdah



Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya.

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih

"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak.

"Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

"Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya.

Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi.

Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.
__________________

14 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. alhamdullilah. dah 3 anak mereka yee

Normi Nieza said...

alhamdulillah..

nanakimie said...

ada typing error kat tajuk tu,apapun alhamdulillah..yang sikecik tu sama muka macam suami dia,

OH , TAZKIRAH ! said...
This comment has been removed by the author.
sha (chirp chirp) said...

alhamdulillah :)

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah.. :)

luqman zakaria said...

comel2 anak die..

Asmieza As said...

Alhamdulillah dah berpurdah deme. doakan yg lebih baik utk kita dan dia :)

Alia Ali Ahmad said...

sykur :D moga istiqamah

mujahidah maisarah said...

wahh..anaknya dah 3.

farhan irfan said...

Tahnah Akak review supermonitor99.blogspot.com/

Nurmujahidah Ismail said...

laaa,,, muja baru tahu berpurdah tu sunat,,,

tarmizi said...

Alhamdullillah. Ye la kalau wajib semua kena pakai purdah.

Cik Fie said...

alhamdulillah :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com