KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.
Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.
Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.
Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.
Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan
Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.
Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.
“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.
“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya. – The Star
10 Sila Komen:
adakah dah bermula kembali?
Assalamualaikum. janganlah berlaku lagi benda ni...
moga malaysia dilindungi dari malapetaka ini..
salam...
baru tahu pasal kejadian ini...
harap2 xda kena mengena dgn 'kejadian' yg dulu.
Harap harap takde apa yang akan berlaku seterusnya.Harap tehanan selamat...
Semoga mereka tak ada ape2.
Anak akak ada di Kem Sandakan, kereta kebal Adnan dah standby di sana....
Anything happen.....standby....
owh kecik je pulau mabul ni, tp mcm dh jadi ancaman la pulak nk kesana kalau kes mcmni berlaku..
semoga selamat .
Post a comment