Seorang warga tua di China, bertindak merantai kaki dan meninggalkan anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam sebuah gua selepas kehilangan tempat tinggal di Wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.
Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan beliau telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. Bagaimanapun menurutnya dia melawat anaknya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. Dan dia juga mengakui terpaksa merantai anaknya untuk mengelakkan beliau dari lari atau mencederakan dirinya sendiri.
Rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao yang tersiar di internet telah mendapat kritikan ramai yang menyifatkan tindakan Cheng Yuanchao seperti membela babi atau lembu.
11 Sila Komen:
Kesianlah kat anak tu..
kesiannya...paling2 pun bagila pakai baju T___T
secacat mana pon, ank sendiri jugak. hmm
knapa la sampai tahap macam tu..
masih ada lagi cara macam ni kan..at least sediakan satu rumah kecik ke kan..kejamnye
Mestia tiada pengasuh hingga memaksa keluarganya merantai anak tersebut.
kesiannya anak tu...
kesiannya..huhu
Sedih betul baca ni...
isk! sampai hati buat anak begini..:(
astaghfirullah !
allah.siannya.dia manusia .bkknye binatang.adoi.
Post a comment