✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, September 8, 2013

Nabila Huda Kemalangan Kereta Di Karak



Khabarnya Nabila Huda dan anak perempuannya, Keisha, terlibat dalam satu kemalangan mengerikan di lebuhraya Karak ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan kira-kira lewat pagi tadi.

Daripada komen-komen peminat di akaun Instagram milik pelakon itu, Keisha difahamkan patah tangan selepas tercampak dari kenderaan pacuan empat roda manakala Nabila Huda pula tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kecederaan yang dialami anak Nabila Huda itu turut disahkan oleh bekas suaminya menerusi kenyataan marah di akaun Twitternya.


Update Terbaru :

Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu. Ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik dan menurut sumber-sumber terdekat, Keisha dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

3 comments:

Teena Tna said...

semoga semua selamat...

nanakimie said...

sian kat anak dia..semoga semuanya baik2 aje...

Cik Fie said...

semoga cepat sembuh .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com