KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.
"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.
Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.
"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama
Sumber : Kosmo!
22 Sila Komen:
Macam masalah mental jer
tekanan atau histeria dia ni?
BODO . HAHAHHA
Erm mengucap la dik oi
dah puas hidup?
Apa kes ni???? macam2 budak2 sekarang ni...tak sayang nyawa langsung..
Ish2. Takutnya huhu
apehal pulak lah nak terjun bangunan ni..tak sayang nyawa betul.
Budak-budak pun dah pandai nak bunuh diri.
masalah apa laah agaknya .. terpengaruhh ..
orang takut bila ingat mati
dia pulak senang-senang je nak bunuh diri
budak-budak zaman sekarang -__-
kalau dia waras, ternyata la ada jugak la yang jenis tak mau bau syurga gini,, nauzubillah,,
stress aku tgk budak-budak sekolah macam nie....
kes histeria lagi ke,huhu....
ish apalah :/ hmm byw jemput join http://supermonitor99.blogspot.com/2013/09/simple-segmen-exchange-links.html bukan susah kita tekan-tekan je lah :D jum exchange links :D
tekanan perasaan ni, hope bukanlah sebab masalah bf..
eh..kenapakah? tak sayang nyawa ke dik..
mungkin mangsa buli...tiada orang sudi nak dengar masalah dan dah lama dipendam jadi jalan terakhir yg dipilih tamatkan hidup sendiri
hish kenapa sampai macam ni. tekanan sangat kot.
hai dah cukup pahala ke dik oi? hm
isyh3 . putus cinta ke ? =.=
Post a Comment