Pemandu Kereta Mohon Maaf Kepada Bekas Suami Nabila Huda - Rupa-rupanya pemandu kereta Nabila Huda yang terlibat dengan kemalangan di Karak semalam ialah Syazwan Zulkifli.
Luahan kemarahan dan tidak puas hati bekas suami Nabila menerusi akaun Twitter juga ditujukan kepada Syazwan Zulkifli. Namun begitu, Syazwan juga telah memohon maaf kerana tidak menegur bekas suami Nabila Huda di hospital.
Apa pun, Nabila Huda hanya dirawat sebagai pesakit luar akibat kemalangan ini. Tiada kecederaan serius yang dialami olehnya. Sementara itu Keisha pula disahkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman menerusi imabasan otak. Malah Keisha juga hanya mengalami retak pada bahagian tangan kiri dan bukan patah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Alhamdulillah kesemua yang terlibat di dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan serius walaupun kereta sampai tunggang terbalik. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya kerana dipanjangkan umur. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.
10 Sila Komen:
Bumi mana yang tak ditimpa hujan...
HUjan dah bumi JB.hehe
Syukur semua nya selamat. marah2 pun bukan boleh patah balik masa dan elak kejadian tu.
nasib baik semuanya selamat
alhamdulillah la dua2 selamat..
yang penting semua selamat.
moga cepat sembuh....
suruh bertaubat ler tu.dulu pun dia pernah kemalangan dgn bapaknyer kan...xkan semua dh lupe..same story maa...aiyaa
semoga kecelakaan kecil ini menjadi pengajaran buat Nabila.......
Alhmd selamat..
Post a comment