✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, September 28, 2013

Risiko Maut Jika Sidek Hussain Bbuat keputusan Untuk Bedah Ketumbuhan


Risiko Maut Jika Sidek Hussain Bbuat keputusan Untuk Bedah Ketumbuhan- PETALING JAYA: Pelakon Sidek Hussain akhir mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada muka walaupun sudah beberapa kali melakukan pemeriksaan.

Sidek, 62, berkata, selepas sesi pemeriksaan dengan doktor pakar mereka memaklumkan pembedahan itu tidak dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi.

"Sepatutnya April lalu saya sudah dibedah namun selepas beberapa kali doktor membuat pemeriksaan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya berisiko berhadapan dengan maut.

"Doktor kata pembedahan itu tidak boleh diteruskan disebabkan saya ada masalah jantung dan paru-paru. Jika ia diteruskan juga risikonya mungkin saya boleh meninggal dunia ketika pembedahan," katanya ketika ditemui pada pratonton treler filem Paku, di sini, Jumaat.

Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama pada 1982 namun ia tidak berjaya.

Katanya, sebelum Ramadan lalu dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung namun disebabkan perkara, jantungnya tidak mampu menahan pembedahan lebih 10 jam.

"Jantung saya lemah untuk pembedahan dalam tempoh yang lama dan keadaan itu boleh mengakibatkan maut," katanya.

Bagaimanapun, kata Sidek, dia pasrah dengan keputusan tersebut dan meneruskan perjalanan kehidupannya seperti biasa.

Sumber mStar online

5 comments:

sha (chirp chirp) said...

semoga Alah memberi kekuatan :)

Syarafi[skyforce331] said...

semoga beliau semakin tabah menghadapi dugaan :)

Hanif Idrus said...

Tak per....itu cari mkn...

asha hana said...

dlu masa mula2 tengok kecik kalau. tak silap. semoga ALLAH memberi ketabahan. :)

Sukma Haron said...

semoga beliau tabah .......

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com