Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 37.
Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.
Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu antara jam 4 hingga 5 petang.
Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ berserta simbol senyum.
5 Sila Komen:
sebaiknya begitulah..jangan sesekali aibkan suami.
sebaiknya mmg hal rumah tangga jgn dijaja di luar. tapi wallahualam, kita tak tau apa yg betul2 mereka alami. doakan jela yang terbaik :)
akhirnyer...
ada jugak kata putus,,
lpas ni harap xdop ler cter pasal diorg lagi..
naik rimas dh.
jaga maruah seorang suami dan maruah isteri juga
akhirnya , dorang putus .
Post a comment