✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, September 25, 2013

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM233.40. Boleh Beli Rumah Apa?



Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,

najib razakKadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.


Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- GovAenjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

41 comments:

mama leen said...

nak tunggu balasan surat ni.. hehe

Azhafizah Md Nor said...

moga ada balasan yang baik.

yana aina said...

mntk2 surat ini akn dilayan ... ramai yg menanti jwpn

amir zahari said...

macamanalah nak memiliki rumah dengan balance banyak tu.. nak menyimpan lagilah tak sempat.. harap dapat jawapan yang positif..

UMMI ABADI said...

agak2 dato seri baca dan response tak :) dah letih la golongan mc kita nie nak minta apa pun susah, nak ikut kursusu utk gologan miskin dah kita ada degree n bukan sauah sangat walaupun susah :)

piqa da bajitos said...

sokong sangat..saya suka surat ni. sama dengan apa yg saya rasa.
kita serupa ~

Niesa said...

sokong surat ni..niesa yg baru umo 22 ni pun dh terasa beban utk masa hadapan..dgn kos rumah dkt bintulu ni..yg ampun..mahal yg amat..harap PM kita buka mata,buka minda dan buka hati... :(

cik shela said...

saya menyokng.harap dato seri fdbck

mymelinda said...

menanti balasan harap nasib kita smua terbela

cik shela said...

saya menyokng.harap dato seri fdbck

Nurul Farahizzati said...

jangan dijawabnya... kenapa xmenabung dari kecil mcm big mama.. dapat beli cincin mahal sebijik nok.. huhu...

Nursaila Norman said...

alhamdulillah..ada jugak yg menyuarakan pendapat..DS,sila jawab dgn kadar segera..rakyat berpendapatan tinggi itu utk siapa sebenarnya eh? huhu.. kalau rmh rm200k pun xlepas nak bt loan.. :(

santa cruz said...

Sikap manusia mmg suke menghrap pd manusia..berdoa lh skit kak..mane fungsi ibubpe..kau da kire sng..nk sng lg..ade ujian kt dunia pemimpin slh
..pemimpin pertame yg kne tnye makbapak kolh..tul x???????

Normi Nieza said...

penat nak pk..:)

Rozali Jaafar said...

Allah bukan ajar kita utk berdoa shj.. tp doa n usaha.. tahniah kpd siti hajar.. teruskan usaha anda yg murni ini..org yg kaya x prnh buat perkiraan sebegini.

Rozali Jaafar said...

Allah bukan ajar kita utk berdoa shj.. tp doa n usaha.. tahniah kpd siti hajar.. teruskan usaha anda yg murni ini..org yg kaya x prnh buat perkiraan sebegini.

Emma said...

Betul tu...hope PM akan buka mata dan pandang pd golongan rakyat ! Bukan melihat golongan atasan semata mata

Mohamaad Syukuri said...

bukan pembangkang sahaja yang merasakan perkara ini terbeban bahkan semua rakyat malaysia merasai impaknya..harap DS dapat membalas surat ini dengan jawapan yang rasional..

Nor Aini nor said...

Nak tau jugak keputusan......hrp2 berguna utk kita yg gaji x seberapa ni

cci said...

stuju ngan surat siti hajar ni.. jgn dia baca pandang sebelah mata dah ar... huhuhu...

Ferra FQ said...

siap dengan kiraan math, klu xpham jgk memang ntala PM ni...

adi neb said...

"Harap2 sgt"DSNR ni bace surat ni ye...mane janji2 manismu...

produk-ajaib said...

mati hidup balik pun jibby tu xkn balas n layan

Rezeki said...

Syukur Alhamdullillah... sekurang-kurangnya ada juga gaji banyak tu... banyak lagi orang yg gaji kecik dari awak... In Shaa Allah... kerja part time banyak kat kl ni... utk tambah income awak... kalau tak.. takkan pendatang asing berlambak2 dtg kat msia ni cari kerja... tingkatkan usaha untuk membangunkan lagi ekonomi awak...

shahjohn said...

kalau btol la najib nk tlg.. dari dlu lgi dh tlg.. ni dh bg ambk blik.. baik xyah bg.. pg sna sni abiskn duit rkyt je.. hasil xke mana pn.. hnya pkir golongan yg mampu.. yg lg ssh xprnh pkir.. cba jdikn pemimpin brunei sbgi cnth.. rkyt btol2 trima hasil.. bkn aku x b'syukur.. tp byk buang duit rkyt pd tmpt yg x sepatutnya.. rosmah lg la.. bli brg smpai b'juta rggt dgn duit rkyt.. tmpat dia smpn brg mhal tu pn aku tau kt mn.. ada stu kt negara arab klu x slap.. seorg menteri hnya mbelnjakan wang gaji dia lbih krg 2000 je.. slbhnya dia bri pd rakyat, sdgkan gaji beliau hmpir 25000.. dan hnya pakai keta buruk je.. menteri kita klu keta x mahal xkn nye dia nk jd menteri.. pkir2 kn la.. mati eskbakn ditanya oleh allah, jika kita x adil n hanya mghbiskn wang rkyt..

Hasif Aziri said...
This comment has been removed by the author.
Prince of Noob said...

awek ni bagi surat kat najib melalui pos atau tulis kat blog? saya pun dah banyak kali highlight isu2 macam ni kat najib dalam blog tapi takde pun orang peduli. mungkin kerana saya tidak comel huhu

Ezad Skytech said...

yang bergaji dalam range RM3000-RM5000 pun susah nak survive...apatah lagi yang fresh graduate yang gajinya lagi rendah...macam mana nak survive untuk tempoh 10 tahun lagi kalau kos sara hidup makin tinggi tapi gaji masih dalam range rendah lagi...

kisah saya ammar said...

Belum masuk bil tlphone,letrik,air.silap2 hari,duit yg bg kat mak ayah kena minta pinjam balik

kisah saya ammar said...

Belum masuk bil tlphone,letrik,air.silap2 hari,duit yg bg kat mak ayah kena minta pinjam balik

ustazberis85 said...

Lambat lagi kalau nk tgu najib jawab.. Pprt lah jawabnye rumah nanti yang mampu beli or duduk..

ustazberis85 said...

Lambat lagi kalau nk tgu najib jawab.. Pprt lah jawabnye rumah nanti yang mampu beli or duduk..

suhaidah ida said...
This comment has been removed by the author.
suhaidah ida said...

Ni org lom khwin pun xckp lgi la kami yg ada ank2 ni.dua2 kerj pun xckp brim pun xdpt. Sbb fajitas dua2 lebih 3000 tp dia xthu kte lgi Byak beban nk bayar..ingt ckp ke wlpn gaji3000 tu campur suami isteri. kalau nk bg. Bg semua org bru adil.

suhaidah ida said...

Oops salh taip fajitas tu gaji

Adha Bluestar said...

Mungkin bahagian makan di restoren tu boleh di kurangkan sedikit. Lebih-lebihkan memasak dan bawa bekal ke tempat kerja. Kerana membeli makanan mentah kemudian dimasak akan membawa untung daripada makan di restoren.

intanbutterfly said...

Wahai adik2 sekalian. Bersyukur la apa yg sdh kt miliki. Jgn merungut & mengeluh. Sentiasa berdoa moga allah swt limpahkan rezeki yg byk.. Serta berusaha utk tingkatkan usaha & produktiviti. Jgn terlalu bhrp bantuan org lain. Kt sendri kn bijak bfikir utk kt jana pndptn. Ramai skrg bekerjaya & pd yg sama berniaga on9, buka gerai dll. Gnkan kudrat muda anda utk raih pdptn lbh. Kalau 10thn yg dulu sy bkerja dgn gaji bersih <rm2k & mampu utk sara keluarga & 2anak.. Tp skrg dgn izin~Nya, sy ada 2 kerjaya tmsk niaga on9 serta mampu uruskan rmhtangga + 4 org anak. Malah kerap berulang alik kl-jb ats urusan kj. Jgn jdkan alasan gaji rendah x blh idup d kl. Sy anak jati KL & tau kos sara idup d kota. Sy jg bkn dr golongan kaya. Jgn terlalu bandingkan klbhn org lain cth org Brunei. Kn lihat dr segi ekonomi. Mrk adalah ant neg terkaya dunia. Brape tan myk yg d hasilkan berbanding msia? Kualiti myk mrk jauh lbh baik dr kt. Jauh sgt nisbahnya. Hasil galian sume adalah pmberian & anugerah allah swt. Jd renungkan la. Diri kt sendri kn istiqamah. Jgn bg plbgi alasan. Jgn tuding jari pd org.. Jgn putus berdoa moga allah swt beri rezeki yg byk serta pmudahkan urusan kalian. Ingatlah apa yg blaku adalah kehendak~Nya & ada hikmah d sblk yg berlaku.. Wallahua'lam.

bloggerlelaki.com said...

apa tindakan dari Pm pasal surat ni..hu3

Buatbest said...

tak perlu tanya apa jwpn yg akan diberi lepas nie..yg cnfirmnya PM buat mcm biase je..(mcm xde pe2 yg berlaku)..

dah berapa ramai rkyt malaysia yg mengeluh..(termasuk aku la)..tp mcm biase la..hehe..(kecuali org yg takde perasaan@org yg hidup pakai cincin juta2, ops!)..

menangis air mata darah sekalipun takkan dapat ubah realiti kehidupan skrg nie selagi yg kat atas tu tak jatuh tergolek ke bawah..

Tak perlu tegakkan benang yang basah kononnya perlu "tingkatkan usaha@ekonomi sendiri"..(ayat lapuk daa)..

syarifah shokeri said...

apa yg dia kata siti hajar to btol..
kak sy telah bekerja slma 3 tahun tpi sbagai pekerja kontrak shja. dan skrg telah berhenti disebabkan pengambilan pekerja kontrak bru..

anbz said...

Asmkm ... siti hajar... tak perlu beli rumah.... kahwin je dgn sy...hehehe... rumah disediakan... roti juge

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com