✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, September 27, 2013

Terkini ! Bini Mat Yo Minta Maaf Kepada Seluruh Rakat Malaysia



Terkini ! Bini Mat Yo Minta Maaf Kepada Seluruh Rakat Malaysia- Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu. Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami.

Isteri Mat Yo mohon maaf | Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

19 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. kalau betul dia hormat.. dia takkan cakap 'pakcik ni bodoh' ... sedih dan malu sangat dengan sikap bini makyo ni :(

Wanita Solehah said...

Saya sokong kekata sheila salim..kalau hormat tk kan dia ckp "pakcik ni bodoh"...sedih saya tgk video tu...:"( :"(

Shark Kay said...

mintk maaf pada pakcik guard tu..
bukan rakyat malaysia.

tenku butang said...

macam x ikhlas jea mintak maafnya.. opsss..

apiz mohd said...

Lau mrhkn org laen,xpyhla sampai kurang ajar.da tau tu org tua.kawal la sikit.

Cik Mun said...

kesian pakcik tu..gi la minx maaf kat pakcik tu..

budak nakal said...

klu btul ikhlas nk mntk maaf buat la sidang media bru la sme org blh trima..

budak nakal said...

klu btul ikhlas nk mntk maaf buat la sidang media bru la sme org blh trima..

lan jio said...

kebenaran tang mn dia nk kemuka kn tah...keangkuhan terselah walaupon mintak maap...

Izzati said...

Dah bt salah tak mengaku lps tu tuduh pulak org lain yg bt.. Yela nk lepaskan diri org lain plak jadi mangsa.. Kalau dah salah tetap salah..mungkin kau boleh terlepas kt dunia tapi kt akhirat nanti...

Mala Yusof said...

Dia nie berkata2 dlm menulis dan menaip pandaila... psiko minah nie.. nak minta simpati bagai. dag agak dah ayat drama ko tue.. dia buat org xpa ckp anjing n bodo bagai.. tpi org ckp balik kat dia konon ayat nak wat sedey plak... lepas tue citer la pasal ajaran islam dlm kata2 berdoa kpd Allah SWT laa... CCTV dah lengkap kt airport tue dah majikan pak cik tue pun ade jelaskan mmg bini yoyo nie bertindak kurang ajar. dah org kata x boley nak jugak parking situ lepas tue ckpla konon dari kerabat mana tah.. valley parking ade xnak plak org kerabat mampu bayar.huh hampeh la minah neyhh.. pegi la buat novel if nak mengayat sgt...

Mala Yusof said...

Dia nie berkata2 dlm menulis dan menaip pandaila... psiko minah nie.. nak minta simpati bagai. dag agak dah ayat drama ko tue.. dia buat org xpa ckp anjing n bodo bagai.. tpi org ckp balik kat dia konon ayat nak wat sedey plak... lepas tue citer la pasal ajaran islam dlm kata2 berdoa kpd Allah SWT laa... CCTV dah lengkap kt airport tue dah majikan pak cik tue pun ade jelaskan mmg bini yoyo nie bertindak kurang ajar. dah org kata x boley nak jugak parking situ lepas tue ckpla konon dari kerabat mana tah.. valley parking ade xnak plak org kerabat mampu bayar.huh hampeh la minah neyhh.. pegi la buat novel if nak mengayat sgt...

rosdey said...

Budi bahasa budaya kita..bahasa menunjukkan bangsa..nama je org melayu..tapi xde budi bahasa..pooraaahhhh

rosdey said...

Budi bahasa budaya kita..bahasa menunjukkan bangsa..nama je org melayu..tapi xde budi bahasa..pooraaahhhh

rosdey said...

Ppuuiihhhh...ingat harta dunia ni kekal ke?? 1 hari ko akan lihat betapa maha adilnya Tuhan..sekejap je Tuhan tarik kemewahan ko..br lah ko rase betapa perlu nya berbudi bahasa bila nak mintak tolong org time ko susah nanti..

rosdey said...

Moga terima balasan dr yg maha Esa..aminn yarabbal alamin..

Azhafizah Md Nor said...

budi bahasa kan budaya kita..cubelah amalkan itu confirm takde kes macam ni.

Salleh Slash said...

Dia ni mintak maaf kt seluruh rakyat malaysia, tapi x mintak maaf pun dgn pakcik guard tu.. apa laa

Si Matatajam said...

Sepatutnya, dia pi Mintak maaf secara terbuka ngan pakcik tu baru betoi! Terlajak perahu bleh diundur, terlajak maki la ni tanggung la akibat tu sendiri...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com