✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, September 16, 2013

Terkini! Gambar Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis



Terkini! Gambar Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.


Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian. Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga. 

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama. Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

5 comments:

Engku Muzahadin said...

Uishh, bahaya anggota polis ada sindrom sakit mental ni...

Budak Kampung said...

ermmm..polis pon dah bunuh membunuh family sndrik ni payoh la

Normi Nieza said...

masyaAllah..

Normi Nieza said...

masyaAllah..

AiSyAh Me said...

yang bapa mertuanya,,kitorang panggil Adam,,arwah baik orangnye,,die tu adalah sedare atok saya,,die kene tembak tuh semasa die nk gi solat berjemaah di masjid,die punya anak punya suami tu bunuh die sbb die kata yg anak die tak nk ikot suami die sbb mak & bapak die,,perkara ini berlaku di kampung saya sendiri

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com