Apakah benar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita sakit kanser prostat pada tahap ke-4?
Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS.
Untuk mendapatkan gambaran dan hakikat sebenar terhadap apa yang disebarkan, Mynewshub telah berusaha mendapatkan komen anak beliu Nik Mohamad Abduh.
Nik Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak disahkan oleh doktor.
Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.
“Saya harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara, insyaAllah,” ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Merujuk kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar membuang air kecil.
Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan.
Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat.
Nik Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah.
Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital.
Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi.
“Doktor nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat, duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau sentiasa sibuk,” ujarnya.
Berikutan itu, keluarga kurang menggalakkan tetamu mengunjungi bapanya buat masa ini.
13 Sila Komen:
Semoga tok guru cepat sembuh dan Allah merahmati beliau selalu.
get well soon tok guru.. moga dirahmati Allah selalu.
Semoga cepat sembuh . .
May Allah bless him . .
semoga Tok guru tabah.Moga Allah kurangkan kesakitan tok guru dan sembuhkan penyakitnya.aminn
semoga tok guru sihat .. amin :D
semoga cepat sembuh..aamiin
semoga cepat semboh...tuan guru
semoga beliau cepat sembuh.Insyaallah
hope tok guru cepat sembuh
Semoga tok guru sihat walafiat..
Semoga Tuan guru nik aziz cepat sembuh..insyaallah..Amin..
Tatkala tengok muka Tok Guru, hati ni tetiba rasa sebak. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik untuk mu Tok Guru.
Doa kami semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan sihat selalu :)
Semoga tok guru cepat sembuh :)
Post a Comment