Promosi My Favourite Perfumes Puasa 2014
Cabaran Duit Raya 2014

✿Baca Entry Yang Lepas✿

✿Iklan Terbaik !! Jom Terjah !!✿

Sunday, October 6, 2013

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos


Memang terkejut sangat-sangat membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.

Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.

Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.


Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.

19 comments:

Teena Tna said...

Wow, tahniah diucapkan kpd mereka. Tp benda elok macam ni buat apa nak dirahsiakan...

Ismi Amnah :) said...

sama cantik sama padan:)

Khamsi Abdullah said...

Artis, biasa la. Tapi agak wow! la...lama dan besar juga rahsia yang dapat disorok daripada umum.

Nadya Dyana said...

terkejut baca berita nie pagi tadi..

Syima Jalal said...

Antara percaya dan tak je...sbb empunya diri mendiamkan diri...tp nk confirmkan jugak,nikah bln 2,anak lahir bln 8...?tahun yg same ke..?agak konfius disitu...tp apa2 pn hrp sgt wawa n aeril dpt beri penjelasan...

Syima Jalal said...

Antara percaya dan tak je...sbb empunya diri mendiamkan diri...tp nk confirmkan jugak,nikah bln 2,anak lahir bln 8...?tahun yg same ke..?agak konfius disitu...tp apa2 pn hrp sgt wawa n aeril dpt beri penjelasan...

mazni said...

tktau langsung diorang dah kahwin. btw tahniah :)

Agnes P. Jidwin said...

alhamdulillah dah kawen... tahniah... tapi sipenulis sukaaa sangat yer bubuh tarikh kawen dan bersalin tu... emm.. adalah niat yg bau busuk tu...

Junaidah Asid said...

Tulah..saja bt kira mengira..baik xpyh khbrkan..

Kisah Si Dairy said...

kenapa perlu nak disorok perkara yang benar...takut populariti jatuh ker..

Azhafizah Md Nor said...

moga mereka buat penjelasan yang betul.

kucha lana said...

tiba2 je tai dah kahwin..macam2 la

Normi Nieza said...

mcm tak caya jer..huhu

Mimie Jaldin said...

Sy pun x caya...owg lain kut...bersalin kat kl.kan wawa berada d kg....,bt apa nak ke kl lg klu nak sngat sembunyikn perut....ini lha dunia.buang anak dikutuk,dapat anak di caci...empunya diri blm pun bt penjelasan....semoga wawa cpt sembuh...

Mimie Jaldin said...

Sy pun x caya...owg lain kut...bersalin kat kl.kan wawa berada d kg....,bt apa nak ke kl lg klu nak sngat sembunyikn perut....ini lha dunia.buang anak dikutuk,dapat anak di caci...empunya diri blm pun bt penjelasan....semoga wawa cpt sembuh...

Ct Noraishah said...

tahniah..tahniah :)

cweet pinky said...

pergh !! seriuosly ??? larr , bg CP lak , terpulang pada mereka untuk merahsikan perkahwinan mereka kan , kalaw terlalu expose, banyak jugak kesan negatifnya ...

Mas Zull said...

assalamualaikum uzu...la betul ke nape sembunyikan benda baik mcm ni...mungkin ada sebabnya kot mereka terpaksa sembunyikan...;)

Nieyna Sakinah ZA said...

betol ke ni kak uzu ?????