✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, October 13, 2013

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part #1

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat tak? Rasanya terlalu lama uzu tak menulis tentang peribadi diri sendiri dalam blog uzu ni kan? Memandangkan ada benda uzu nak kongsi, so uzu ambil kesempatan berkongsi pengalaman uzu mendaki gunung kinabalu pada 08 October 2013 baru-baru ni.


Mula-mula uzu dan ahli kumpulan seramai 21 orang berkumpul di depan pejabat HQ Sabah Park untuk membuat pembayaran permit sebanyak RM25 dan RM8 untuk pengakutan ke tempat mula-mula mendaki . Kalau nak jalan kaki memang sejam dua baru sampai,so kemudahan pengangkutan berbayar disediakan.

Name tag disediakan beserta nama, nombor group dan tarikh pendakian. Kad ni diwajibkan pakai sepanjang pendakian untuk tujuan keselamatan.


Perasaan mula-mula tu memang nervous. Dapat ke naik? Mampu kah naik? Larat ka? Boleh ka? Macam-macam difikiran. Sebab uzu langsung tak buat persedian , maksudnya tak p joging , tak p exersice . So memang takut.

Keadaan cuaca pada ketika itu , hujan lebat. So kami semua diminta memakai rain coat a.k.a baju hujan dan ketika itu Uzu menggalas beg senerat 5kilo. Fuhhhh. Berat..!

Sebelum memulakan pendakian tu, kami diberi taklimat. Guide kata, even ada kekasih ke yang ikut mendaki ni sama, pacar ke, kalau dia tak larat, teruskan perjalanan. Biar guide yang urus. Sebab guide akan tunggu even korang lambat macam mana pun.

Telefon ?? off..!! Masuk dalam beg. Takut basah.. Tapi, jangan risau, kat sana ada line Maxis dan Digi.

Kami memulakan pendakian pada jam 9:50 pagi. Uzu mulakan langkah dengan langkah kanan beserta bismillah... Perasaan sangat takut sebab uzu tak dapat tidur pada malam sebelum mendaki tu. Takut mengantuk. Hehe

Tapi ....... Baru 5 minit mendaki... 

Korang rasa apa yang jadi? Hehehehe. Nanti uzu cerita lagi part #2 eh. Tapi banyak yang jadi. Banyak sangat dugaan pada hari tu.  Siapa yang nak tahu , boleh tunggu uzu update lagi sambungannya :) Uzu ngantuk. Nak tido. Good night. Salam :)

14 comments:

NJ said...

huh, suspen tul.. :)
teringin nak daki gunung kinabalu walaupun tak penah nk daki mana-mana bukit sekali pun.. :)

Nur Farahuda said...

alorh...ingat dah habis cerita but then bersambung.huhu, sis cepat sambung tau =D

Asma Sah said...

kak Uzu xsejuk ke ?

puteri airyn said...

Bestkan dapat mendaki gunung Kinabalu.. Erin dah dua kali mendaki gunung tu..

kucha lana said...

syok tu dpt panjat gunung kinabalu

Normi Nieza said...

suspen btl uzu nie..:)

Elih Japahar said...

Hehe sudah 2 kali sa daki ini gunung..tp zaman sekolah lagi, sekarang ni tiada masa mau panjat lagi..

AbgferOz said...

baru 5 minit dah hbis cerita.. tarek tlinga nak ?

Rara Rama2 said...

Eeeee benci tau ! sambung citer cepat !! grrr ^__^

dEdEQ dE wIshEs said...

BESHHNYE MNDAKI

Asha Lya said...

kita tak pernah lagi daki gunung kinabalu...bestnya uzu

Nadia Johari said...

okla ade guide jaga..takdela cuak sangat..hehee..suka dengan mendaki-daki ni

Syanisha_Photography said...

patutla mcm nmpk uzu haritu ^^

DrCat said...

cantik jaket..beli kat mana ye huhu :) suka bc cerita ke kinabalu..sy akan naik kinabalu bulan 12 ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com