✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, October 15, 2013

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part #2

As-Salam

Berbalik kepada sambungan pengalaman naik gunung kinabalu part #1 , ini ialah sambungan cerita uzu dari part #1...

Tapi ....... Baru 5 minit mendaki... 

Langkah semakin perlahan.. Tekak haus! Coklat , air redbull di capai. Makan coklat dan kacang untuk menambah tenaga. Macam tu lah uzu buat. Kejap-II berhenti. Berhenti dalam kedaan hujan dan makan coklat. Sangat kesian ! dan serius sangat penat. Baru beberapa tangga uzu langkah, berhenti. Nafas pun tarikkkk hembus.. tarikkkk hempus..

Jarak dari bawah ke puncak gunung kinabalu ialah 8 KM . Tapi kena pegi ke 6KM dulu kat Laban Rata. Bayangkanlah 6 KM jalan kaki+mendaki dalam keadaan hujan dan angin yang sangat kuat.

Hostel a.k.a tempat tinggal berada di Laban Rata yang mana Laban Rata terletak 6KM dari bawah. So, apa pun berlaku, kena daki jugak sampai hostel .. Laban Rata ni, hanya 2KM lagi nak sampai puncak gunung. Maknanya di sini, Laban Rata ini berada di 80% pendakian sebelum ke puncak.

Sepanjangan pendakian 6KM ni, setiap 2KM dari bawah akan ada pondok singgahan. Pondok tersebut tempat berehat. Dont worry pasal tandas. Setiap pondok anda tandas.

Uzu sebenarnya give up nak naik. Seriusly, sangat penat ! hujan kot ! Habis basah kuyup uzu . Ada rain coat pun tak boleh pakai. Beg basah.. Baju spare uzu semua basah... 

Akhirnya....

Selepas 8 jam uzu mendaki, uzu sampai ke Laban Rata !!.


Fuh ! Sejuk gila. Bayangkan suhu ketika itu -3 darjah celcius. Memandangkan semua baju uzu dah basah, so terpaksa sewa baju dan seluar di Laban Rata. Sewa baju ja RM20. Sewa seluar pun, RM20 juga. Semua barang kat situ mahal. Mineral water yang kecik RM9 . Yang besar RM14. Rain coat yang kena jual kat kedai RM2, kat Laban Rata , RM15. Fuh kayaaaa ohh. Tapi terpaksa. Semua memerlukan :)

Makanan kat Restauran Laban Rata..



Macam-macam makanan ada.. Macam kat hotel. Yelahh under Sutera Habour kot. Resort mahal tu. Uzu sangat puas hati dengan makanan dan minuman yang di sediakan . Restoran ni tutup pada jam 7:30 malam so semua pendaki dikehendaki sampai sebelum restoran ditutup :) Alhamdulillah kenyang..

Tiba..tiba.. 

Keadaan cemas berlaku kat kakak sepupu uzu... uzu panic ! husband dia panic ! Guide pun panic !! Nak tau apa jadi? sambunganya part #3 nanti ye. Hehehe. By the way, Selamat hari Raya Aidil Adha

10 comments:

Norain Yusoff said...

wah..besnye kabus.. huhu..bila ntah nak sampai sana.. >.<

Nadia Johari said...

uish mahal betul barang-barang die..nak taknak memg kene beli kalau semua dah basah..kene bawak duit lebih

sare sareare said...

wah.. tempat menawan.. makanan pulak nampak sedap.. dengan cuaca sejuk gitu.. fuu sedap layan makan..

Hajar Shikin said...

sejuknye sana...ada rase mcm korea tak? kikiki

dEdEQ dE wIshEs said...

SEBELUM MASUK DLM BEG .. MASUK DLAM PLASTIK DLU KALAU HRI UJAN . HEHE

Nasuha said...

Tak sabar nk tunggu cerita part 3...

husna zahidi said...

perghh harga makanan memang cekik darah betol!! >.<

anyway #SalamAidiladha buat Uzu dan keluarga.. =)

Nur Farahuda said...

perghhh mark up gila kot bila naik atas gunung tu. yelah...susah nk dapat gaknye kan. Salam Aidiladha juga buat sis =D

Hanida Moss said...

hai uzu! cepat continue journey to kinabalu peak! kita nak hike next week ni! hehe teruja campur tak sabar campur seram :p

DrCat said...

beratnya 5kg..tak hire porter kah?

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com