✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, October 26, 2013

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part #4

Assalamualaikum

Berbalik kepada sambungan pengalaman naik gunung kinabalu dan ini ialah sambungan cerita uzu dari part #1...  dan Part #2 ..serta Part #3

Hari terakhir pendakian...

Memandangkan cuaca dari start kami daki pun tak elok, semua pendaki pada hari tersebut dilarang mendaki sama sekali kerana cuaca tak mengizinkan. Guide kata, dah sebulan lebih, tiada siapa yang dapat mendaki sampai ke puncak disebabkan cuaca yang teruk. 

So, kami semua pun bangun lambat. Kalau ikutkan, kena bangun jam 2 pagi. Kami bangun seawal jam 7:30 dan bersiap-siap untuk ke Restoran. Kami makan dengan riangnya sebab makan semua sedap2 ^^ .


Bila semua dah siap, kami pun turun,. Buka pintu... Subhanallah .. Cantik pemandangan di situ. Baru nampak dengan jelas dan mata sendiri. Tapi sejuk tu confirm2 lah. Hehe . Tak sangka apa yang kami daki ni, paling tinggi di Asia Tenggara. Bangga sekejap. Hehe. Walaupun hanya mendaki sehingga 80% sahaja, tapi memang dekat dan jelas gunung kat atas tu.


Makan..makan..makan..


Jam 10 :30 pagi kami pun bergerak turun. Alhamdulillah sepanjang turun ke bawah tiada hujan. Mungkin Allah mendengar doa dan permudahkan jalan bagi kami. Alhamdulillah. Dan masa nak turun tu lah sebenarnya menguji ketahanan otot kami. Lebih suka daki berbanding turun. Sakit kaki menahan berat berkilo2. Bayangkan sampai sekarang ini, kuku kaki uzu still ada darah beku di kuku ibu jari kanan dan kiri. Belum hilang lagi sampai sekarang :(


Dengan berkat kesabaran, turun, rehat  turun, rehat , turun,  rehat , turun, rehat dan turunnnn selama beberapa jam, kami pun selamat sampai ke Timpohon. Tempat mula-mula mendaki. Fuh lega. Kena sign kat buku pendaki yang keluar masuk. Wajib untuk keselamatan :)

Kira-kira jam 2 petang kami sampai =) Fuh. Kami hanya dapat sijil hitam putih yang berharga RM1 sahaja . Hahahaa. Sijil berwarna dan berharga RM10 hanya untuk pendaki yang sampai ke puncak sahaja. OK fine. Semua sedih. Tapi redha. 

Macam ni lah kisah pengalaman mendaki gunung kinabalu uzu dan team yang lain. Banyak benda lagi nak cerita tapi nnt ada yang bosan nak baca. Hehe. Pengalaman ni tak kan uzu lupa sampai bila2. Bukan semua orang dapat merasai dan setiap dugaan berlainan yang rasa. Alhamdulillah diberi pengalaman untuk melihat ciptaan Allah. Subhanallah. Sampai sini sahaja untuk kali ni. Salam :)


13 comments:

Siti Hajar said...

Ini sangat penting sebab saya baru ingat nak pergi mendaki tahun depan. Seronoknya bila dah sampai puncak ;)

~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

baca cerita kak uzu ni nampaknya memang best..

rokot nuluhon said...

ala ciannya x sampai hehe...spatutnya Uzu ble request 2 sijil. 1 sjil mendaki dan 1 lagi sijil pelawat yg berwarna (sijil mcm sampai puncaklah haha)

dEdEQ dE wIshEs said...

ALHAMDULILLAH .. WALOPUN 80% JE DPT DAKI .. PENGALAMAN TU PALING BERHARGA ..

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

please sambung lagi........ hehehe. best sgt baca entry ttg pengalaman ni.. sebab dpt bayangkan kesejukan dan kepayan mendaki serta turun dari gunung kinabalu tu dgn cuaca yg teruk..

Lulu Caldina said...

sayangnya tak sampai.. kalau mcm tu lain kali kena naik lagi.. :) tapi kali ni biar dengan full stamina hehe

bloggerlelaki.com said...

rasa ejuk ka dekat atas tu..bila la aku nk pergi mendaki dekat sana

Azhafizah Md Nor said...

Kalau ade peluang an rezeki nak join jugak..sebelum tu kena get fit dan kuatkan stamina dulu..xnaklah nanti separuh jalan pulak..happy for you uzu,best kan dapat pengalaman macam ni.

piqa da bajitos said...

waaa nak try gak

Zarul Ayman said...

nice2!

dyba gula-gula said...

inshaAllah one day saya nak daki jugak gunung ni...

Seri Selaseh said...

seronoknya.. sy dah berfamili ni cam susah plak nak panjat gunung tu. Huhu.. baca pengalaman org je la

Nadia Johari said...

pengalaman yang memang takkan dilupakan..dapat tengok slji tu..haaha

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com