✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, November 14, 2013

Anak Ahmad Dhani Kemungkinan Akan Masuk Penjara


Anak Ahmad Dhani Kemungkinan Akan Masuk Penjara - Anak ahmad dhani mungkin masuk penjara- Anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani, Dul mungkin akan dipenjarakan selepas menjadi punca nahas ngeri hingga meragut 7 nyawa. Walaupun Ahmad Dhani sanggup menjadi menggantikan anaknya jika dipenjara , tetapi sebagai individu yang menjadi penyebab nahas, Dul yang sepatutnya menanggung hukuman tersebut.

Jika disabitkan kesalahan berikutan kecuaian,pemuda berusia 13 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun, tambahan pulak kes itu mendapat liputan meluas media memandangkan dia anak kepada penyanyi terkenal. 

Sementara itu, dipetik daripada WowKeren, Ahmad Dhani pasrah sekiranya anak ketiganya itu disabitkan bersalah dan beliau menganggap apa yang berlaku ini adalah kehendak Tuhan. 

"Jika Dul didakwa di mahkamah dan dipenjara, saya redha kerana ia adalah ketentuan Tuhan." Namun begitu pihak peguam yang mewakili keluarga Ahmad Dhani perlu memaklumkan kes berkenaan secara berhati-hati kerana bimbang akibat yang ditanggung Dul mungkin boleh menyebabkan dia trauma, tambahan Dul pun baru sahaja sembuh. 

Dul atau nama sebenarnya Abdul Qadir Jaelani menjadi punca kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 20, Lebuhraya Jagorawi yang mana ketika itu dia memandu kereta Mitsubishi Lancer dengan laju sebelum terbabas ke lorong bertentangan menyebabkan berlaku kemalangan yang meragut 7 nyawa. 

3 comments:

Shark Kay said...

dah bersalaha tetap kena,
x kesah ler artis mahupun anak artis.

Amanda Suria said...

Apapun dia tetap bersalah...x kan nak lari dari hukuman kan...

Nadia Johari said...

baru 13 tahun dah bawak kereta ke

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com