✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, November 29, 2013

Ayah Tertembak Anak Sendiri Yang Disangka Penyamun


Ayah Tertembak Anak Sendiri Yang Disangka Penyamun - KUALA LUMPUR. Seorang peniaga makanan, tertembak anak sendiri yang disangkanya penyamun yang memasuki kawasan rumahnya di Kampung Baru Balakong, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian 10.16 malam itu, peniaga berkenaan yang berusia 76 tahun, dikatakan terdengar jeritan minta tolong pekerjanya seorang lelaki warga Myanmar dari sebuah pondok di belakang rumahnya.

Tersentak dengan jeritan pekerjanya itu, peniaga berkenaan terus mengejutkan anak lelakinya, berusia 51 tahun, dan segera mendapatkan selaras senjata api jenis semi auto dipercayai untuk menembak penceroboh itu.

“Kedua-dua beranak itu terus keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku di kawasan pondok pekerja mereka.

“Dalam keadaan gelap itu, anak peniaga berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang terus meluru ke hadapan tanpa disedari bapanya,” kata Ab Rashid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dekat sini hari ini.

Ab Rashid berkata peniaga itu, yang kemudian terlihat kelibat seseorang, terus melepaskan tiga das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai kepala anaknya dan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. katanya.

Beliau berkata peniaga itu ditahan untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari
ini. – BERNAMA

p/s : MasyaAllah... Teruk juga kes ni tapi rasanya tak boleh salahkan ayah dia sebab ayah dia tak sengaja. Ayah dia kemungkinan untuk menyelamatkan diri. Lagipun ajal dah sampai situ. Takziah.

2 comments:

TelingaBulat said...

kes ni dia da xbersalah pon sbb bkn salah die biase laa umur da 75 thn..deria pendengaran n mata kurg..lg pn die cuba utk mengahalang penyamun tp terkena anak sndiri

Tuan Asmila Tuan Mohd Nor said...

Masyaalah...macam macam...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com