✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, November 22, 2013

David Teo Rancang Terbit Filem Misteri Villa Nabila


David Teo Rancang Terbit Filem Misteri Villa Nabila - Baru baru ini kita telah digemparkan dengan berita kehilangan remaja di Villa Nabila yang mana Villa Nabila adalah tempat yang menyeramkan berikutan kejadian misteri yang berlaku suatu ketika dahulu.

Misteri kehilangan remaja di Villa Nabila membuatkan penerbit filem David Teo tertarik untuk menerbitkan filem misteri Villa Nabila. Misteri Villa Nabila di Johor Bahru akan diterbitkan sebagai filem dokumentari berkaitan penunggu yang menjadi penghuni banglo sejak 40 tahun dan perancangan David Teo ia akan menjadi filem yang kuat.

“Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar”

Namun yang demikian, projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan dan MIG merancang ingin mengeluarkan filem setaraf Highland Tower yang berjaya dan mengutip sebanyak 3.5 juta di pawagam

Semestinya ramai yang akan tertarik dengan filem ini bahkan ada yang tak sabar menanti kemunculan filem ini. Diharap filem ini berjaya di terbitkan dan akan menarik lebih ramai penonton di pawagam kelak.

4 comments:

Sukma Haron said...

macam-macam dia nie....

husna zahidi said...

esok jangan ada plak yg kena rasuk time shooting sudah..

Paperbag Head said...

sebelum rakam pastikan periksa dinding vila tu..jgn smpi terakam imej yg tak senonoh mcm dlm filem highland tower...hehehe

ika zulkefli said...

femes la villa tu lepas ni..:)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com