✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, November 18, 2013

Gempar !! Kisah Sebenar Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila


Kisah Sebenar Remaja Hilang Di Villa Nabila | Kecoh kisah kehilangan orang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor.

Kisah sebenar ini yang kongsikan dari Blog Mazidul Akmal Sidek.

“Fakta sebenar?,” itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.

“Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan,” lapor Zulhazri.

“Jadi apakah hubung kaitannya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?,” tanya saya lagi.

“Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu,” jelas Zulhazri.Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama

7 comments:

ifharz fizo said...

kawan saya yang hilang tuh uhm :/ kesian mak nya .

Leeza Dayasari said...

moga2 cepat2 selesai....

najiah shaharain said...

Msih xjmp lg ke yer..?

Farah Waheda Wahid said...

kita tengok berita malam ni...

Nurfaezah Abdullah said...

still hanging...

ima salsuzaima said...

mudah2nlah cepat dijumpai dan minta la sgt kat penyebar2 x bertauliah jgn sebarkan slgi xde kesasihan..kita baca pun jd keliru..

Ainim Suju said...

macam-macam hal

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com