Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga - Kulim: Rumah tangga yang dibina remaja perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.
Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.
Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November tahun lepas. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November 2012 dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November lalu.
Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.
Sumber HMetro
18 Sila Komen:
takdir..
jodoh xpanjang..mungkin masih mentah..
Bukan jodoh dia...
Insya-ALLAH perjalanan dia masih jauh untuk bertemu dengan jodoh yang sesuai...
muda lagi.. takpe la xd jodoh
masih banyak yang perlu dilalui antaranya perasaan, perbuatan dan tingkahlaku..
Tabahkan hati. Bukan jodoh adik nak buat camna.
no komen..
stiap org ada masalah sendiri.
Tak apalah.. Allah dah tulis macam tu..
semua yang jadi ada hikmahnya.. Tapi tkt jugak huhu
keputusan mungkin terlalu mengikut perasaan atau timbul perasaan penyesalan berkahwin muda. insyaallah ada himah untuk setiap perkara yang berlaku.
Mentah lagi ni
Mentah lagi ni
mungkin tiada jodoh antara mereka hanya Allah yang tahu akan hikmah disebaliknya
perjalanan masing panjang..mungkin ada jodoh yang lain buat mereka.
nak buat macamana jodoh setakat tu je...
tapi tak baik betol lah letak talak sampai 3...
agak2 ar...jgn le smpi talak tiga..ni gile talak namenye... nanti bile tibe2 nk bersame semula..mule la wat cine bute le...yg kesian isterinye...
kita yang pihak pembaca ni..kena ambil pengajaran le. yang lelaki jangan cepat melenting, bawak2 bersabar..jangan ikutkan napsu sangat.
yang pompuan pun, nak membebel ke, melalak ke..tengok dulu mood suami macam mana. jangan asal tak dapat je nak push2 suami anda..kalau buatnya baran dia datang, memang kena le..
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
Bukan jodohnya
Post a comment