Harga minyak RON97 telah dikurangkan secara diam-diam sebanyak 10 sen berkuatkuasa bermula hari ini. Pengurangan ini menjadikan harga bahan bakar premium itu kepada RM2.75 seliter.
Penurunan harga ini berlaku selepas baru sahaja pertukaran harga dua bulan yang lalu, yang mana harga minyak tersebut dinaikkan sebanyak 15 sen dari harga sebelumnya, RM2.70 untuk setiap liter.
RON95 masih kekal pada harga RM2.10 seliter juga bagi diesel, kekal pada RM2.00 per liter. Tidak seperti RON95 dan diesel, penetapan harga RON97 menerima subsidi paling sedikit dan ditentukan dari apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran, dan ini bermakna harga akan selalu berubah berbanding RON95 dan diesel.
Sumber
Sumber
11 Sila Komen:
okehlah trun juga sikit..hakhak
huhu saya nak ron95 pon turun jugak..
Masa naik ramai marah2 masa turun ni ada tak yang nak ucap terima kasih. Kereta saya cuma guna Ron95 je...
Saya pon macam +Nur A.Z gak
Alhamdulillah...;)
tengah terfikir ni, ada beza ke tak bagi pengguna RON95...
macam-macam oo..hehehe
turunkan ajelaa semua harga minyak sng..hehehe
kalau turun lagi kan bagus..jimat sikit budget untuk minyak..
minta2 ron95 pun turun jugak.. hehehe
alahh. tak pakai 97, kita pakai 95
Post a Comment