✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, November 20, 2013

Tak Pasal Pasal Kecoh...! - Kes Villa Nabila

Tak Pasal Pasal Kecoh...! - Kes Villa Nabila- Johor Bahru: “Kami bukan mahu melihat hantu, tetapi pergi ke situ sekadar suka-suka,” kata Mohamad Izzat Izuddin Hussin, 16, yang disangka hilang dan disorok hantu di banglo usang Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, tapi sebenarnya bermalam di rumah kawan.

Mohamad Izzat yang dilaporkan hilang sejak tengah malam Sabtu lalu sebelum dikesan, awal pagi semalam berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku di banglo berkenaan ketika dia bersama kira-kira 30 rakannya berkunjung ke situ.

Menurutnya, selepas keluar dari Villa Nabila awal pagi Ahad lalu, dia dan beberapa rakan sempat ke Masjid Ayer Molek untuk solat sebelum makan di sebuah restoran makanan segera.

“Saya bimbang dimarah ibu kerana pulang lewat lalu mengambil keputusan tidur di rumah kawan, namun tidak sangka ia menyebabkan kekecohan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentral, di sini, bersama ibunya, semalam. 

Mohamad Izzat berkata, dia hanya sedar keluarga mencarinya selepas diberitahu rakan polis datang mencarinya di rumah.

“Selepas ke Villa Nabila, saya tidak pulang ke rumah di Kampung Melayu Majidee kerana sudah lewat. Saya bimbang dimarahi ibu dan tidak dapat menghubunginya kerana tidak ingat nombor telefon.

“Saya tiba di rumah rakan kira-kira jam 5 pagi dan terus tidur kepenatan. Saya tidak sedar orang ramai mencari saya kerana menyangka hilang.

“Saya terkejut apabila ada anggota polis ke rumah rakan untuk mencari saya dan memohon maaf kerana menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Pelajar tingkatan empat itu berkata, dia dan rakan berkunjung di banglo usang itu kerana mahu menghabiskan masa sempena cuti sekolah.

“Biasanya kami berjalan sekitar bandar, tetapi kali ini ke Villa Nabila yang berhampiran Teluk Danga kira-kira jam 12 tengah malam selepas seorang kawan memberi cadangan,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 38, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada polis kira-kira jam 2 pagi memaklumkan anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui di rumah rakannya di Flat Taman Desa Mutiara, Tebrau, di sini. 

Sumber: Harian Metro

15 comments:

TelingaBulat said...

aishh macam2..piat telinga tuh baru tau..nyusahkan org gempar satu malaysiaa

munirah rahman said...

tak pasal2 kecoh.. aish !

ika zulkefli said...

buat suspen je..hehe smpai villa tu pun jadi perhatian rmai..:)

Cik Cammy Lia said...

mak dia tu pon pndi2 je buat andaian..cube la crik dulu,,adeh

Anis Ains said...

apalah budak ni, susahkan parents :(

Ayu Zan said...

issh ish. mengarut budak2 ni.

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Haishhh tak pasal2..hmmm :)

Amir Aiman Akashah said...

1Malaysia kena histeria kerana 'hantu-hantu' ini

APTB!

Farah Waheda Wahid said...

lepas ni apa jadi pun orang tak kisah dah...

Shark Kay said...

isk isk isk..
lain dibuatnya..
sorok kat lain,
jumpa kt lain.

Anis Zahidi said...

aduhh masalah betul budak2 ni .. buad malu je .,.

Nurfaezah Abdullah said...

kenapa le pegi tempat mcm tu aiyoyo

Yan Ty said...

Isg dak2 sekarang ni dh pndai cari publisiti...

Norfadhilah Abu Hassan said...

Risau mak tau. kesian mak. Kepada adik2 yang lain jgnlah wt keja2 cmni lg...

Paperbag Head said...

lain kali kalau nak keluar atau mungkin akan balik lmbat sila inform family...
''makcik, piat telinga dia tu.'' hahaha

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com