✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, December 28, 2013

Alhamdulillah. Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam


Alhamdulillah. Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam | Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga. Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.

“Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. “Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat. Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu. Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.

“Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas,” katanya. Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu. 

12 comments:

Ina Amani said...

Alhamdulillah :)

Zara Nurhaidah said...

alhamdulillah.. stacy comel.. ^^

Wan Maruzen Wan Husain said...

alhamdulillah....

Eraz Fadli said...

Alhamdulillah.. Good for her..

Engku Muzahadin said...

Berita baik. Cuma janganlah peluk Islam semata2 nak kahwin jer kan... Harap2 belajar secara menyeluruh dan berubah secara perlahan2...

info said...

Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

nliyate said...
This comment has been removed by the author.
sayangdiriku said...

alhamdulillah...stacy nie pun ada jugak sepupu muslim, satu sekolah dgn sy dulu...

kucha lana said...

betul ke kali ni..jgn jadi macam tempoh hari seklai tersilpa orang daaa

NURAIN LIYANA:) said...

saya reblog post niy . dh letak credit :3 mohon halal :D

acik idah said...

Alhamdulillah... Hidayah itu milik Allah yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA...

Cik Fie said...

Alhamdulillah :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com