✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, December 12, 2013

Emma Maembong Kini Bertudung


Emma Maembong Kini Bertudung - Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP kelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.

Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.


Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi. (rtky/m)

8 comments:

farrah hanim said...

alhamdulillah !! harap dia teruskan menutup aurat ..

Aina Sofea said...

wah . comel yang amat bila dia bertudung :o

Nur Inani said...

semua orang nampak lagi manis kalau bertdudung :)

Mazni Munawar said...

saya minat dgn emma maembong ni. dah lama tunggu dia utk berhijab. harap berkekalan, baru manis :)

Invisible Me said...

Moga terbuka hati dia untuk terus terusan bertudung :)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Alhamdulillah..se moga beliau terus menutup aurat dengan sempurna...


x0x0 ^___^

Nadia Johari said...

alhamdulillah..cntik sangat

Cik Fie said...

alhamdulillah :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com