✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, December 20, 2013

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Aril AF7 & Puteri Erma Adlinda


(GAMBAR) Majlis Pernikahan Aril AF7 & Puteri Erma Adlinda - Dengan sekali lafaz, penyanyi dan penyampai radio Era FM iaitu, Aril Pilus akhirnya bergelar suami kepada Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa kira-kira pukul 3.20 petang Jumaat.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, menyerahkan wang hantaran yang juga dijadikan emas kahwin sebanyak RM15,000. Rombongan lelaki turut membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah cincin emas putih bertatahkan berlian, seutas jam tangan, beg tangan, senaskhah Al-Quran, sejadah dan telekung, sepasang kasut jenama Christian Louboutin, sepersalinan pakaian, pewangi Marc Jacobs dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut Dr Martin, pewangi, dompet, tali pinggang, beg lelaki, jaket, dan sebentuk cincin bertatah berlian.

Sementara itu, majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan sejurus selepas akad nikah di lokasi yang sama.












12 comments:

Lyeen De Syifa said...

Thaniah,, tetiba kecewa..eh? ahahhahaha.:D

semoga allah panjangkan jodoh mereka..:D

MG schmidt said...

cantik!
mekap die x heavy n bju nice :)
tahniah aril n wife :)

Umaira Jannah said...

tahniah tapi stuju ngan lyeen de syifa tetiba kecewa hahaha.....

Seri Selaseh said...

sepadan... cam pinang dibelah dua

TelingaBulat said...

bini die tuh pramugari..ptt lawa ;)

Nur jehan xx said...

Frustnye . hikhik :D

Nurul Ain said...

Tahniah ! ade nak cari sponser untuk giveaway/ contest/ segment? boleh lihat disini >http://nurulain26.blogspot.com/2013/12/khdimat-sponsor-giveaway-contest-segment.html xD

Engku Muzahadin said...

Lawa wife dia. Moga bahagia hingga ke Jannah!

ejulz said...

Tahniah kpd pasangan..

Zara Nurhaidah said...

selamat pgntin bru aeril dan isteri.. moga bhgia hgga ke jannah..amin. tgk sekilas mcm muka farahwaheda pla wife aeril ni.. heheh

Nadia Johari said...

tahniah kepada kedua-dua pasangan..

Cik Fie said...

tahniah buat aril :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com