✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, December 11, 2013

Pelancaran & Sidang Media Siri Web 'Dan Calonnnya Adalah Di Portal Tonton #1



Kuala Lumpur, 9 Disember 2013 – Portal video ulung Malaysia, Tonton kini menawarkan sebuah lagi siri web baharu di lamannya selepas kejayaan ‘Autumn Di Hatiku’ (hampir 1 juta tontonan video) dan ‘Sweetheart Fantasia’ baru-baru ini. Menerusi judul DAN CALONNYA ADALAH…, siri web komedi yang diterajui oleh Faralyna Idris dan Anding Indrawani; turut dibintangi oleh Maria Tunku Sabri, Kim Jin Sung (pelakon Korea), Harris Alif (Idola Kecil) dan Anas Ridzuan (Liga Lawak). Siri web yang akan bermula pada 12 Disember 2013 kelak tampil dengan episod harian bermula Isnin sehingga Jumaat setiap minggu seawal jam 12 tengah hari.


DAN CALONNYA ADALAH… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.

Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung - Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara - Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.

Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah? Saksikan DAN CALONNYA ADALAH… menerusi portal video Tonton mulai 12hb Disember 2013 – 20hb Januari 2014, episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 12 tengah hari di www.tonton.com.my/dancalonnya.


Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com