Segmen Blogger Muslimah

Salam

Jom join Segmen abang apit kita ni. Lama dah dia tak buat segmen doodle kan.


kaler : pink
nickname : emas putih

tag :

Terkini Lahad Datu : Pengganas Sulu Mengamuk Musnahkan Harta Benda Penduduk

















Shopping Online : Telekung Ziarah Part #3


As-Salam

Telekung Ziarah? Telekung ni sesuai utk yang nak p Umrah atau haji bagi perempuan.
Cantik dan selesa telekung ni. Jom tengok details tentang tenlekung ziarah


Telekung Ziarah Hitam Jenis Kepala : Syria
boleh request nak getah dan bertali

Pilihan Warna
hitam / putih 

Kelebihan
Mempunyai lengan dan sangat selesa dalam manjalankan ibadah haji atau umrah 

Material
LYCRA

Harga
RM125 (S/M) RM130 (S/S) Include postage.




Telekung Ziarah Putih Jenis Kepala
boleh request nak getah dan bertali

Pilihan Warna
hitam / putih 

Kelebihan
Mempunyai lengan dan sangat selesa dalam manjalankan ibadah haji atau umrah 

Material
LYCRA

Harga
RM125 (S/M) RM130 (S/S) Include postage.

So sesiapa yang berminat, boleh direct contact :

Fan Page : DuaQaseh OnlineShop



Wanita Berpurdah Pun Main Extreme Game Tau ! (rollerblade)

As-Salam

Sebelum uzu nak berkata-kata di jemput tengok video wanita berpurdah ini bermain rollerblade penuh style!


Amacam?? Terpegun tak? Uzu kagum ngan budak ni. Berpurdah tapi penuh style lak main rollerblade.
Tak salah kita nak buat aktiviti lasak even berpurdah. Semua pun boleh.

Uzu teringat masa uzu ada tournament futsal time study dulu, bola futsal kedebukkkkkkkk kat muka uzu.
Habis merah satu muka. Balik hostel nangis. Tau tak sapa serang? Haha wanita berpurdah beb!!

So tiada alasan untuk muslimah yang lain nak beraktiviti lepas ni.
Janji jaga apa yang patut di jaga. Tak gitu korang? Pendapat korang cane lak tentang tentang entry ini?

Tinggalkan pendapat anda kat komen.Salam

Segmen Topup By Afiqah Adzan


tag :

Segmen : Tambah Followers by Nurul



Just click the banner above i wanna join the segment. 
Thank you

Gambar Anak Sulung Ayu Raudhah & Zaquan Adha




Jemput tengok entry ini --> Ayu Raudhah Selamat Lahir Anak Sulung


Blog Kisah Emas Putih -World Ranking Alexa Di Bawah 100 000



Alhamdulillah.

Ajaibnya Sedekah

Salam


Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkanlah bersedekah. 
Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Uzu pernah bersedekah dan memang tak sangka rezeki Allah selepas itu berganda.
Alhamdulillah. Bukan nak riak ke ape ye, just nak bagitau pengalaman dan kebenaran ajaibnya bersedekah.

Renungkan dan selamat beramal. Salam


Tutorial : Cara Backup Blog

As-Salam

Biasa kita dengar backup template kan? Yang ni pulak backup blog.
Means backup dengan entry-entry, bloglist, apa2 lah janji semua sekali dia backup.

Fungsinya?? Saja backup kot kot blog korang kena hacked and tetiba hackers delete pulak blog.
Haaa kan masalah besar tu. Yang ni sesaje backup kot ade yang tak puas hati nanti kan dengan blog kita.

Simple je. Just follow the step.

1. Masuk Dashboard --> Setting --> Other


2. Pilih Blog Tools --> Export Blog --> Download Blog


Fungsi lain (Export Blog)Backup blog ni, lepas kita dah download, boleh import blog ke blog baru.
Means masukkan yang korang dah download tu lah ke blog baru guna fungsi import blog kat atas,
 Faham tak .? Try lah. hehe. 

Selamat mencuba. Salam


Renungan : Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam



Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazah merupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ayu Raudhah Selamat Lahir Anak Sulung

Amboi macam merancang pulak Irma Hasmie dan Ayu Raudhah bersalin hari ini. Kedua-dua artis ini selamat melahirkan anak yang comey comey. Ayu Raudhah selamat mealhirkan putera sulungnya di Hospital Columbia Asia di Johor pada jam 2:17 petang tadi, Tahniah kepada mereka





Lahad Datu 29Mac : Pengganas Sulu Menyerang Anggota Keselamatan Dengan Parang



Semalam menyaksikan seorang lagi anggota saki-baki pengganas Sulu ditembak mati apabila lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna

Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak Pertama









Giveaway #2 Iezwa Razk



Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus


Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, KisahBest.My ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.

Sekadar gambar hiasan
Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.


Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.

Gambar : Hero Hindustan Amir Khan Tunai Umrah











p/s : Alhamdulillah...

Segmen Terbaru : Cari Bloglist Sambil Menang Hadiah!


tag :

Hebatnya Sultan Brunei Darussalam




Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.


Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.

Dibayar RM50 untuk Menjadi Tentera Sulu


Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.
Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.


"Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.

"Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya semalam.

Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Musnah


Menerusi beberapa keping gambar yang muncul dalam Internet, menunjukkan pusara Allahyarham Tan Sri P Ramle, seniman agung negara musnah. Biarpun begitu, punca kejadian masih belum dikenal pasti. Turut musnah adalah pusara Allahyarham A R Tompel dan Allahyarmah Puan Sri Saloma. Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.