Penyanyi Tersohor SIti Nurhaliza Ambil Anak Angkat


Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil dua orang anak angkat dari Gaza. 

“Jika diberi kebenaran untuk saya mengambil anak angkat tersebut, saya tidak keberatan untuk menjaganya,tetapi semuanya saya perlu bincang juga dengan suami terlebih dahulu,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis amal dan minum petang ‘Pembangunan Semula Gaza’. 

Menurut beliau lagi, keinginan untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu juga sedang dalam perbincangan bersama suami. Hasratnya itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera. 

Tun Mahathir Akan Ambil Alih Ketua Pembangkang Jika Anwar Ibrahim Dipenjara.

Tun Mahathir Akan Ambil Alih Ketua Pembangkang Jika Anwar Ibrahim Dipenjara. | Pakatan Rakyat kini semakin risau untuk mencari siapa pengganti kepada Anwar Ibrahim jika beliau dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Hakim menetapkan bahawa lagi dua minggu keputusan Mahkamah Persekutuan akan dikeluarkan sebelum proses rayuan terkahir Anwar Ibrahim dijalankan. Maka misi pencarian pengganti Anwar makin singkat tempohnya.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu risau dan susah payah mencari siapa yang layak mengambil tugas Anwar Ibrahim untuk menentang DS Najib Razak dan juga BN. Menurut pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, sudah ada individu yang layak bagi tugas tersebut.

Menurut Zamil, Tun Mahathir dan juga Tun Daim telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Anwar mengkritik kerajaan pimpinan Najib. Malah, Tun Mahathir dan Tun Daim lebih hebat dari Anwar kerana negarawan itu lebih bijak dan lebih pedas kritikannya.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah membuktikan kehebatan beliau dengan menjatuhkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan hanya sebuah blog. Anwar pun tak sehebat itu kerana dari tahun 1999 sehingga sekarang, Anwar belum dapat menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ini semua menunjukkan bahawa PR kini telah mempunyai Ketua Umum yang baru secara tidak langsung. Maka tak perlu lagi dirisaukan mengenai siapa pengganti Anwar kerana 'guru' kepada Anwar lebih layak dan bersedia.

Dan jangan hairan, jika pemimpin-pemimpin PR sendiri merayu kepada Tun Mahathir dan juga Tun Daim supaya menyertai kumpulan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN dan juga merampas Putrajaya. - Chewan/Utaranews.- 

GIVEAWAY CLBH


Kalau nak join sila tekan banner :)

Love & Farra Segmen by Anis



Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibunya Patah Tulang


“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit. “Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,” katanya ,

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama. Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut. Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air. 

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas. 

“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut. “

Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” jelasnya. Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala. 

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat. 

Credit : Fuh

Preview : Kad Raya Special To My Followers

Assalamualaikum readers! 


Ini lah kad raya sempena ramadhan dan hari raya nanti. 
kad raya ni limited So ..Nantikan...

Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama

Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama| Khabarnya pada hujung bulan Mei yang lalu, Norman, Memey Suhaiza dan Abby Abadi telah bercuti bersama-sama di sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang. Menerusi laman Instagram milik Memey, jelas kelihatan kemesraan dan ikatan kekeluargaan mereka. Namun sehingga kini hanya mereka sahaja yang mengerti dan memahami antara satu sama lain. Semoga terus berbahagia diucapkan kepada Abby mahupun Norman dan Memey. 















Mid Year Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, tribal top x 1, felt bookmark x 3, button badge x 5, novel x 1, notebook x 2, Iwani Cotton Shawl x 5, kerongsang x 2, Fantabulous Facial Scrub & Masker (with guave 5pcs & brush) x 1, bookmark + sticker x 5, shiseido mask x 2, tanaka powder x 1, sabun susu beras x 4, topup x 4, shawl x 1, header / cover timeline x 3, inner bunga x 1, plain pashmina x 1


Pengakuan Baim Wong Bercinta Dengan Elfira Loy


Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.

Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira.

Memang benar bercinta. Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.
Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:- Saya masih lagi belum berpunya.


SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100



Mudah-II an ada rzeki. Amin

HEBAT ! Elfira Loy Beli Rumah Dengan Duit Sendiri pada Umur 19 Tahun



Di usia semuda 19 tahun, pelakon Elfira Loy sudah pun mampu untuk membeli rumah sendiri. Ternyata Elfira merupakan salah seorang artis yang bijak merencana masa hadapannya dengan membeli aset di kala usianya masih muda belaka. 

Usahanya itu boleh dijadikan contoh kepada golongan belia di luar sana agar sentiasa kuat berusaha untuk mencapai kejayaan seperti yang diraih oleh Elfira. Rumah itu dibeli oleh Elfira dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon serta menjadi duta produk sejak dirinya berkecimpung dalam bidang seni tempatan. 

Apa-apa pun ‘thumbs up’ kepada Elfira kerana mampu membeli rumah dengan menggunakan wang hasil kudrat lakonannya tanpa dikaitkan dengan mana-mana ‘sugar daddy’ yang kerap kali dikaitkan dengan artis wanita cantik.

8 Gambar Terkini Bayi Irma Hasmie Dan Redza yang Kini Berusia 3 Bulan

8 Gambar Terkini Bayi Irma Hasmie Dan Redza yang Kini Berusia 3 Bulan | Berikut merupakan gambar terkini bagi anak sulung pasangan Irma Hasmie dan Redza yang bernama Redza Syah Irfan. Dalam tak sedar usia Irfhan kini telah pun mencecah 3 bulan dan menerusi gambar terbarunya, dia dilihat semakin montel dan comel. Untuk info, Redza Syah Irfan dilahirkan di Prince Court Medical Centre pada 29.03.13.









Takziah ! Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada penyanyi Siti sarah dan keluarga yang telah kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia kira-kira jam 6.35 pagi tadi.

Arwah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri dan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

"Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi. 

"Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita. "

Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan," ujar suami Sarah,Shuib. Sumber

Jimmy Shanley Tayang Isteri Baru ??


Rasanya baru sahaja Jimmy Shanley keluarkan kenyataan akan mengadakan sidang media berkenaan berita perkahwinan terbarunya bersama seorang wanita bergelar janda. Dan setakat siang tadi, pengacara itu masih lagi memberikan jawapan ‘no comment’ setiap kali peminat bertanyakan status terbarunya itu di laman Twitter.

Jimmy Shanley Bakal Adakan Sidang Media Tetapi malam semalam, OHBULAN! agak terkejut kerana Jimmy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita bertudung dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak Jimmy. 

Yang menariknya, gambar itu seakan cuba menyampaikan mesej yang mereka sedang berbahagia menikmati makan malam sebagai sebuah keluarga.


Melalui gambar yang dikongsikan di Twitter itu juga, kami anggarkan Jimmy sudah berani atau mungkin telah bersedia untuk berkongsi mengenai kisah perkahwinannya dengan semua orang terutama sekali peminatnya. Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan. Jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini.

Kejam ! Ayah Tiri Dera Anak Tiri Berusia 7 Tahun


Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.


Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.


Tahniah Kepada Pelakon Boy Norul Iman Timang Putera Sulung !


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Boy Norul Iman yang telah menimang cahaya mata sulung pada 20 Jun lalu.

Bayi lelaki comel ini telah dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi bersama pengikutnya di akaun Instagram, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Boy Iman dan isteri telah diijabkabulkan pada 11.11.11 dalam majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.





5 Gambar Anggun Nelydia Senrose Berpakaian Pengantin







Kisah Sedih Pelajar Jordan Setelah Kemalangan Maut di Petra

Kisah Sedih Pelajar Jordan Setelah Kemalangan Maut di Petra | Ekoran berita seorang pelajar Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke Petra (tempat peninggalan para nabi di Jordan), admin Kezoom cuba mencari beberapa lagi sumber mengenai kemalangan tersebut. 


 [cedera ditempurung kepala dan tulang belakang.] 

Untuk info, jenazah pelajar yang terkorban, Almarhumah Saudari Sumaiyah Binti Romli telah tiba malam Isnin jam 10.35 malam di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan jenazah terus dikebumikan pada malam tadi juga di Tanah Perkuburan Masjid Al Bukhary, Alor Star. 

Menerusi sebuah blog, Kezoom mendapat tahu kemalangan tersebut sebenarnya telah melibatkan dua nyawa. 


Muhammad Nazirul Seorang lagi mangsa merupakan bayi yang masih didalam kandungan (berusia 8 bulan) yang mana ibunya Humairak Binti Ibrahim dan bapanya pula Muhammad Nazirul, kedua ibubapa bayi ini selamat dalam tragedi tersebut. 

Untuk info, jenazah bayi tersebut telah pun selamat dikebumikan di Wadi Musa, Petra., Jordan. Kubur bayi Nazirul dan Humairak Pelajar Maut Sempat Hantar Mesej Kepada Bapa Dalam kejadian malang itu, Almarhumah Sumaiyah merupakan antara mangsa yang tercampak agak jauh berbanding yang lain, dan ketika sedang dibawa ke hospital (didalam ambulan) Muhammad Nazirul yang berada dalam satu kenderaan dengan Almarhumah Sumaiyah sempat mendengar Almarhumah Sumaiyah mengucap dua kalimah syahadah tanpa bantuan sesiapa. Antara petikan di blog tersebut,

"aku tercampak keluar dengan sumayyah.aku dengar sumayyah menjerit.sumayyah tercampak hingga kehujung gaung.aku dengar humai cakap sakit..sakit.. tapi apa yang aku boleh buat?aku tak boleh bergerak.tangan n kaki aku patah.." 

"kedudukan korang dalam kereta macam mana?" 

"aku sebelah kriey.belakang aku kak ili,tengah humaira.belakang kriey sumayyah.kitorang semua tidur masa tu..kriey je berjaga drive.." 

"kau tercampak jauh?"

 "tak sejauh sumayyah.aku rasa macam mati je masa tu." 

"Allah bagi kau nyawa kedua..Allah nak kau jaga humai.." 

"aku naik satu ambulan dengan sumayyah.sbb orang arab selamatkan siapa yang kat luar dulu. aku dengar sumayyah mengucap.." 

Info terkini dari FB MPMMJ (Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)

1) Saudara Mohamad Shukri Bin Alias berada dalam keadaan stabil, beliau telah selesai menjalani prosese CT Scan, setelah pemeriksaan, tiada sebarang pendarahan dalaman yang berlaku dan doktor memaklumkan tekanan darah beliau agak tinggi. 

2) Saudari Humairak Binti Ibrahim juga berada dalam keadaan stabil, beliau sekarang sedang mendapat kawalan rapi daripada para doktor dalam usaha memulihkan semula saliran darah dalam badan, beliau dilaporkan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat. Insya Allah. 

3) Saudari Nur Ili Dayana binti Mazlan dilaporkan dalam keadaan stabil, namun masih lagi tidak mampu untuk bangun, dimaklumkan Saudari Ili akan dibenarkan keluar dalam masa 2-3 hari yang terdekat. Insya Allah. 

Untuk maklumat semasa Saudara Muhammad Nazirul dan Almarhumah Saudari Sumaiyah masih lagi dalam usaha kemaskini, sebarang perkembangan akan disampaikan dari semasa ke semasa. 


(FB MPMMJ) Buat sementara waktu, akaun bank 
Akaun : Maybank No. Akaun : 1630 4627 8572 
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus. 

Maybank mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan. Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat : elrdhiyyah@gmail.com