Kisah Benar Di Masjidil Haram Akibat Tonton Video Lucah



Kisah Benar Di Masjidil Haram

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Ajal Ketika Bacaan Khutbah


Alor Setar: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.



Punca Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet


Punca filem KL Gangster 2 bocor ke Internet - Kebocoran filem KL Gangster 2 ke internet dua hari lepas mengundang satu kejutan besar buat penonton yang terus sabar menantikan penayangannya secara rasmi pada 3 Oktober ini.

Rata-rata peminat melahirkan rasa simpati dengan kejadian tidak dijangka itu dan menggesa agar individu yang bertanggungjawab membocorkan filem berkenaan segera dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman.

Berhubung punca kebocoran KL Gangster 2 kepada umum, penerbitnya, Yusof Haslam memberitahu bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam, dipetik dari Sinar Harian.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu."

Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

"Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni. Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri." 

Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis


Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.


Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. - 29 Ogos, 2013.

(9 Gambar) Kesilapan Di Dalam Filem KL GANGSTER 2










Bayi Berusia Sebulan Maut Dihempap Sebiji Durian


Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.
Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin. Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.


“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut

Tutorial : Cara Nak Bezakan Link Betul & Link Klik-Klik Iklan Di Chatbox

As-Salam

Tadi jejalan bloglking terserempak dengan blog yang update pasal cara nak bezakan Valid Link & Ads Link di chatbox. Perkongsian yang menarik sebab uzu selalu kena benda ni.

Selalu kat chatbox uzu selalu terkena dengan orang yang letak link iklan klik-klik sama ada 8share, churp-churp atau blingd or sewaktu dengannya. Tapi tak kisah pun sebab bukan bayar pun kalau kita klik kan? So yang ni uzu bagi perkongsian sikit kepada yang tak suka terkena benda macam ni.  Caranya :

1. Tengok shoutbox masing-masing. Halakan mouse pada nama yang bernama di contoh no.1 dan tengok ke link yang terdapat pada bahagian bawah tepi kiri blog yg no.2 Jika link blog yang terpapar, maknanya itu valid link. Means bukan link iklan klik-klik.


Dan dibawah adalah contoh link iklan klik-klik.

2. Halakan mouse pada gambar contoh no.1 di bawah. Jika link yang terpapar seperti no.2 di bawah, maknanya itu link klik-klik iklan. So tak payah klik. Hehehehe.


so, senang kan lepas ni tak tertipu lagi. Hehehehe. Jelas semua? Thanks yang sudi baca ^____^

Banyak lagi tutorial blog yang lain. 
Boleh terjah kat SINI dan sapa yang nak request tutorial boleh PM me at Facebook .
k bye Salam

Misteri Kuil Bumbung Pangsapuri


Keajaiban seni bina yang didirikan di atas bumbung bangunan pencakar langit seolah-olah menjadi trend terkini pembinaan di China. Hanya beberapa hari selepas skandal yang melibatkan sebuah vila gunung yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan apartmen Beijing, microblogger dari Shenzen menemui kuil tradisional terletak di atas sebuah bangunan.

Menurut beberapa laporan media Cina, kuil misteri dibina di atas bumbung 21-tingkat bangunan pangsapuri mewah di daerah Nanfang daripada Shenzen telah wujud selama sekurang-kurangnya tiga tahun, namun tiada siapa, walaupun penyewa tahu ia milik siapa. 


Struktur bumbung dikelilingi oleh dedaunan, telah berlapis jubin emas dan ciri-ciri atap terbalik tradisional yang dihiasi dengan ukiran naga dan burung phoenix. Sebuah pengimbas cap jari, kamera keselamatan dan anjing di sisi lain, pintu dikunci menghalang akses kepada kuil, tetapi jiran mengatakan ia sering digunakan untuk amalan agama tradisional Cina, seperti yang ditunjukkan oleh abu dibakar yang leyang dari bumbung. Kuil , disyaki menjadi satu lagi struktur bumbung haram, memudaratkan integriti struktur keseluruhan bangunan, tetapi penyewa mengatakan aduan mereka setakat ini seolah tidak dipedulikan.

"Ajalnya di Malaysia" - Pelajar Mesir


KUALA BERANG – “Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.

“Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia,” kata Rosfaliza Mat Ros, 48.

Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.

“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.

Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya,” katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.

Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.

“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.

“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sumber : Sinar Harian

Misteri Kandungan McDonald's Chicken McNuggets


Hari ini kami mengumumkan penyiasatan pertama yang dijalankan di Makmal Forensik Makanan Natural News, cawangan yang berkonsepkan penyelidikan sains di mana kami meneliti makanan di bawah mikroskop dan mencari apa sebenarnya yang ada di dalam makanan itu.

Awal hari ini, saya telah membeli 10 ketul Chicken McNuggets dari sebuah restoran McDonald di Austin, Texas. Di bawah pengawasan yang ketat dan penuh berhati-hati, saya memeriksa nuget tersebut di bawah mikroskop digital berkuasa tinggi, menyangkakan hanya akan menjumpa ketulan kecil daging ayam yang diproses disebalik kerangupan kulit nuget itu.

Tapi, apa yang saya temukan amatlah mengejutkan sekali! Saya telah banyak melihat benda-benda pelik dalam kajian dan penyelidikan ke atas makanan dan nutrisi, namun saya tidak pernah menjangkakan sesuatu yang seperti ini.....

Terkini : Natural News telah menunjukkan beberapa keping  foto Chicken McNuggets yang mengandungi "fiber misteri", seperti yang anda lihat di bawah.











Seperti yang ditunjukkan dalam foto-foto di atas, Chicken McNuggets dipercayai mempunyai kandungan fiber yang pelik yang mungkin sesetengah orang memanggilnya sebagai "Morgellon's".

Kami menemui struktur yang kelihatan seperti bulu hitam yang melekat di dalam nuget, juga struktur yang berbentuk seperti telur yang melekat pada bulu atau fiber.

Ia ditunjukkan dengan keterangan yang lebih jelas dalam gambar berkenaan, yang diambil pada 15hb Ogos 2013 di Makmal Forensik Makanan Natural News. Sampel Chicken McNuggest yang sebenar yang digunakan seperti dalam gambar telah disejukbekukan sebagai bukti forensik.

Kami juga menemui tompokan berwarna merah di beberapa tempat, juga objek berbentuk sferikal yang menyerupai alga.

Kami tidak menyatakan atau membuat kesimpulan bahawa objek-objek ini menjadikan Chicken McNuggets McDonald tidak selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, kami percaya bukti bergambar ini mampu mencetuskan penyiasatan FDA (Food Development Association) ke atas kandungan komposisi Chicken McNuggets.

Soalan yang paling utama, dari manakah struktur yang seakan rerambut ini datang? Ini adalah soalan yang paling utama perlu dijawab, memandangkan ayam tidak diproses bersama bulunya. Adakah mungkin terdapat pencemaran bersilang sewaktu memproses Chicken McNuggets? Soalan ini perlu dijawab.

Kongsikan penemuan ini dengan semua orang.

Gambar Majlis Pertunangan Syanie Hisyam & Nadi Putera

Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar menarik sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera. Memang cukup romantik dan menakjubkan.




Bila 5 Blogger Cun Bergabung Dalam 1 blog

Assalamualaikum

Hari ni uzu nak memperkenalkan Bloggirls . Blog ini hasil gabungan 5 blogger cun + cute maka terhasillah blog tersebut. Semua tentang perempuan akan di update dalam blog tu.

Ada tips, info, kata-kata semangat, nasihat, pandangan, pendapat, pengajaran, pengalaman dan tidak lupa juga kami boleh dijadikan sebagai tempat meluah atau mendapatkan pendapat, nasihat.
Kira macam Dr.Cinta pun lah ni. Hehehe


5 blogger yang menjadi Admin :






Jemput Follow blog kami --> http://www.bloggirls.my/  dan LIKE fanpage kami --> Bloggirls Dot My

Alhamdulillah, sambutan terhadap blog ini amat membanggakan, dapat respon positif dari blogger lain.
Terima kasih semua. Hehehe

Pelakon Dayana Kamal Rentung Dalam Kemalangan Maut


KOTA BAHARU: Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.

Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem "Black Maria" dan beberapa drama tempatan iaitu "Rumah Itu Duniaku", "Sumaiyyah", "Raya Dengan Tok", "Selamat Tinggal Noni", "Ayah Kami" dan terbaru siri drama popular "Matahari".

Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
"Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan.

"Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah.

Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.

Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka.

Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.
"Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut," katanya sayu.

Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana.

Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.

"Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam," katanya.
Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.
"Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan," katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain. BERNAMA

Video : Cerita Sebenar Mangsa Bas Gaung Genting Karak


21 Ogos 2013 yang lalu, satu tragedi paling ngeri telah menimpa negara kita dimana 37 orang terbunuh dalam satu nahas bas jatuh gaung dari perjalanan Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur. Setakat ini siasatan masih dijalankan terhadap syarikat bas terlibat. Di bawah ini kami kongsikan video cerita sebenar kejadian daripada seorang mangsa yang terselamat.


Tips : Pengalaman Beli Emas Tanpa Upah Secara Online

Assalamualaikum

Pernahkah anda membeli emas tanpa upah secara online? Anda percaya dengan website yang menjual emas tanpa upah secara online? Anda ragu-ragu sekiranya ditipu ? Adakah anda tertanya-tanya kualiti emas yang dijual secara online?

Uzu ingin berkongsi pengalaman membeli emas tanpa upah secara online. Mula-mula uzu kurang percaya dengan website tersebut dan menyangka emas yang dijual adalah emas tiruan. Tapi prasangka uzu hilang bila kakak uzu sendiri memberitahu kebenaran emas tanpa upah secara online kerana kakak uzu sendiri telah menghadiri Seminar Perniagaan Emas Perak.

Uzu pernah membeli sebentuk cincin emas 916 tanpa upah secara online di http://gsr2u.com.my/ yang mana ia merupakan laman web yang uzu percaya ketika itu. Melihat kepada website yang teratur dan menarik serta dilihat professional itu, uzu menaruh kepercayaan kepada website tersebut.



Harga yang ditawarkan sangat murah dan menarik perhatian saya. Sebentuk cincin 1 gram yang berharga RM135 termasuk postage serta kotak cincin. Harga cincin bergantung kepada harga emas semasa. Kotak cincin yang diberi sangat cantik. Bukan kotak cincin biasa.

Bila uzu buat pembayaran, Alhamdulillah tidak sampai seminggu cincin sampai. Sepatutnya cincin sampai 2 3 hari je memandangkan saiz cincin yang uzu nak ketika itu not in stock, maka ada kelewatan sedikit.

Alhamdulillah cincin selamat. Cincin yang dijual ialah cincin asli. Ada surat cincin serta kad warranty sekali. Kotak cincin yang diberi berkualiti. Tengok sini --> KLIK

So, siapa yang berniat untuk membeli cincin online tanpa upah tu, sila jenguk-jenguk dulu website tersebut, page dan sewaktu dengannya. Semoga pengalaman saya membeli emas tanpa upah secara online mengurangkan keraguan anda.  Assalamualaikum ^^

Rody (Kristal) Serah Diri Di Balai Polis, Kenapa??


Gitaris kumpulan Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.

Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.

“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.

Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.

“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.

“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.

“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.

Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.

” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.

“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin. – Mynewshub.my

Jehan Miskin & Isteri Dikecam Peminat Memakai Rantai Seakan Salip



Isu artis memakai rantai berbentuk salib memang berlaku di mana-mana. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pernah dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang memakai loket berunsurkan lambang salib. 

Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart". 

Sebahagian komen-komen yang ditinggalkan peminat meminta pelakon kacak itu berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori kerana dikhuatiri akan mempengaruhi pemikirannya sebagai orang Islam. 

Sebagai menjawab kepada kritikan peminat tanpa usul periksa, Jehan menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap. Buat peminat sekalian, jangan cepat melatah tanpa usul periksa.... 


Punca Sebenar Kemalangan Bas Jatuh Gaung di Genting Highland


KUALA LUMPUR – Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata, sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

“Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan,” katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

“Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung,” katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas,” katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

“Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

“Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki),” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya. – BERNAMA

Review : Rynz Perfect Skin Booster Serum

Assalamualaikum.


Rynz Skincare merupakan jenama produk yang telah dapat iktiraf daripada MARDI, SIRIM dan MOA yang telah mengeluarkan satu produk kecantikan untuk merawat kulit yang bermasalah . Produk tersebut ialah Rynz Perfect Skin Booster Serum yang mana serum ini dibangunkan khusus untuk kulit orang asia dan sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira lelaki atau pun perempuan. Produk yang berasaskan bahan semulajadi, bebas daripada toksik, halal , suci dan InsyaAllah berkesan.

Rynz Perfect Skin Booster Serum :

Khas utk Perawatan Kulit Bermasalah, Pencerahan, Anti Kedutan, Halus Gebu, Anti Penuaan, Meremajakan Sel Kulit, Melembabkan, masalah jerawat dan perlindungan Sinar UV.

Cara Penggunaan :

1. Bersihkan wajah dari kesan solekan dan kotoran. 
2. Sapukan nipis dan urut rata keseluruh bahagian mukan sehingga serum tersebut menyerap kedalam lapisan kulit wajah
3. Lakukan setiap malam sblum tidur. Alami kesanya dalam masa 7 hari.

Testimoni :

Setelah 3 minggu penggunaan Rynz Skin Perfect Booster Serum.

Jom terjah produk baru ni. Sebarang info boleh terjah page ni : Rynz Skin Care
dan jika berminat untuk order, boleh Pm/Inbox : Cik Cici 


"Ayah !! Saya Dalam Gaung !! " - Jerit Mangsa Kemalangan Bas Masuk Gaung Genting Highland


SELAYANG - "Ayah, saya kemalangan. Sekarang ada dalam gaung,” jerit seorang mangsa, Nur Maizatul Syazana, 23, ketika menghubungi ayahnya.

Bapa mangsa, Ahmad Sharuddin Saidin, 53, berkata, dia sedang bekerja ketika itu dan tidak menyedari anak kedua daripada tujuh beradik itu menghubunginya dua kali antara jam 3.30 dan 4 petang.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi semula anaknya dan masa itulah anaknya memaklumkan bas dinaikinya jatuh ke dalam gaung.

“Saya hampir pitam mendengar tangisan anak yang dalam keadaan menahan sakit dan menyangka kecederaan yang dialami kritikal memandangkan kedalaman gaung tersebut.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kecederaannya tidak teruk selepas mendapatkan pengesahan daripada seorang yang membantu mengeluarkan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sehingga jam 7 petang, dia masih tidak mengetahui lokasi sebenar anaknya.

“Kami sekeluarga berpecah menuju ke Selayang dan tempat kejadian untuk mengetahui lokasi sebenar Maizatul.

“Semakan di Hospital Selayang mendapati nama anak tiada di sini dan akan menuju ke Hospital Kuala Lumpur pula,” katanya.

Maizatul bersama rakannya pergi ke Genting Highlands Ahad lalu dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang.

Gereja Tua Dijadikan Masjid di Kota Kinabalu, Sabah


Mungkin ramai orang yang tidak mengetahui bangunan yang berdiri segak, berwarna putih konkrit atas bukit menghala ke Bandaraya Kota Kinabalu adalah sebuah bangunan Gereja Tua seperti yang tertera didepan menara bangunan tertulis 3 huruf iaitu SDA atau 'Seventh Day Adventist' Church. Untuk pengetahuan anda, Lambang tiga huruf itu "SDA" disingkatkan menjadi "Syurga Dan Akhirat".

Apa yang menarik disini ialah betapa murninya jiwa dan naluri orang kita sehingga Gereja yang pada asalnya di jadikan sebuah Masjid tempat orang Muslim beribadah.

Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Sabah yang punya didikan dengan penuh kasih sayang sejak turun temurun lagi. Orang sabah semua bersaudara lagi pun dari dulu hingga sekarang sabah ada ikatan kekeluargaan yg sgt kuat dan inilah yang menjadikan penduduk Saah tidak benci membenci antara satu bangsa dan agama yang lain ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa juga.

Persoalannya yang timbul ketika ini, bolehkah gereja ini digantikan dengan Masjid tempat orang Islam beribadah ? Mohon pencerahan pihak yang tahu tentang isu ini. Semoga ia dapat membantu kami orang-II yang berada di Sabah.

Bas Jatuh Gaung di Genting Highland, 37 Terkorban



Bas Jatuh Gaung di Genting Highland, 37 Terkorban | Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang, dipetik dari mstar online.

Kemalangan berlaku apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.