✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 1, 2014

Akui Ujian Allah, Anak Linda Rafar Menghidapi Penyakit Misteri


Akui Ujian Allah, Anak Linda Rafar Menghidapi Penyakit Misteri | Linda Rafar akur dengan ketentuan dan ujian Allah S.W.T yang hingga kini masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak tiga minggu lalu.

"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda Rafar diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati. Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.


Menurut Linda, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda.

Tambah Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit  turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh. sumber

3 comments:

Anizz Annisa said...

semoga cepat sembuh buat anak linda rafar..aminn...

Ieta Mat Saad said...

Moga anak Linda segera sembub. Amiin...

shahfir yusof said...

moga tabah hadapi segala cubaaan dan rintangan..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com