✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, April 4, 2014

Kes Culik 2 Individu Di Sabah, Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan RM11.5 Juta



Kes Culik 2 Individu Di Sabah, Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan RM11.5 Juta | Polis Sabah setakat ini telah menahan 4 individu 3 lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang maklumat penting bagi merungkai kes penculikan tersebut.

Polis percaya, 7 lelaki bersenjata itu adalah anggota Abu Sayyaf yang melakukan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

Penganalisis keselamatan. Prof Dr Aruna Gopinath, pakar dalam keselamatan maritim percaya kumpulan Abu Sayyaf akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juga (RM11.5 juta) bagi membebaskan pelancong warga China. Manakala, pekerja resort warga Filipina yang turut diculik juga akan mengenakan kadar yang rendah sekitar 3 juta pesos (RM219,000).

"Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada khamis berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut pegawai risikan Filipina itu, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - mStar | TengokTVOnline

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com