✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, April 4, 2014

Nikah Kali Ke-2 : Radhi OAG Sah Bergelar Suami Kepada Shahira Ayu


Nikah Kali Ke-2 : Radhi OAG Sah Bergelar Suami Kepada Shahira Ayu | Pada tarikh yang cantik, 4 April 2014 (4.4.14) merupakan hari bahagia buat Radhi OAG, 37 atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali apabila sah bergelar suami kepada model sambilan bernama Nur Shahira Ayu, 20 tahun dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid, Ustaz Mohd Firdaus Subhi berwakil wali bapa pengantin perempuan, Zahiri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30,000.

Majlis merisik, pertunangan dan pernikahan yang diadakan sekaligus  ini menyaksikan pengantin perempuan menerima 12 dulang hantaran antaranya kek, tepak sirih, sejadah, beg tangan berserta dompet, set wangian, produk kecantikan, seutas cincin, senaskhah Al-Quran, dan manisan.

Manakala Radhi pula menerima 14 dulang hantaran antaranya buah-buahan, sirih junjung, sejadah, senaskhah Al-Quran, dompet berserta cermin mata dan tali pinggang, pulut kuning, sepersalinan pakaian, produk penjagaan diri, dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, Radhi dan Ayu bertemu buat pertama kali sewaktu penyanyi itu membuat persembahan di pusat membeli-belah The Curve, Damansara ketika Ayu berusia 15 tahun.

Sekadar mengimbas kembali, Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim berusia sembilan tahun.

3 comments:

Maria Firdz said...

alhamdulillah... tahniah...

Anis Amira said...

Congrats . Alhamdulillah . Ada peneman hidup kongsi suka duka :D

Azhafizah Md Nor said...

Tahniah untuk mereka :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com