✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, May 21, 2014

10 Individu Yang Berhak Menggunakan Cermin Kenderaan Gelap


10 Individu Yang Berhak Menggunakan Cermin Kenderaan Gelap | 10 Individu Yang Berhak Menggunakan Cermin Gelap | Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, berulang kali melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap.

Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya.

Menurut beliau, berikut senarai individu berhak menggunakan kenderaan bercermin gelap. Senarai di bawah, katanya dimuatkan di dalam buku Akta Pengangkutan Jalan.

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap.

7 comments:

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Kene strict bende2 mcm ni. Sebab kalau dibiarkan tanpa dibendung, criminal case plk yg bakal berleluasa.
http://drshikinzainal.blogspot.com

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...emas pitih,

tak semua orang boleh pakai cermin gelap..

mselim3

Aniq Bukhary said...

Nasib baik saya tersenarai... Huhu :D

Ahmad Zaki said...

Nak pakai cermin gelap kena pohon. Tapi susah dapat. =D

ZH Blogger

Ahmad Zaki said...

Nak pakai cermin gelap kena pohon. Tapi susah dapat. =D

ZH Blogger

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kadang2 zumal tengok orang tertentu ada yang guna plat kerabat diraja sebenarnya kita kenal sangat dia tu bukan ada sangkut pun dengan golongan diraja pastu pakai cermin gelap dan bermegah kat jalan... JPJ patut kena check tu, dorang pakai plat tu sebab bayar yuran bukannya dorang golongan kerabat diraja tersebut, siap buat kad vip lagi ada pakai macam raja2...

Nadia Johari said...

Mcm tu kawin dengan anak kenamaan la..hehhe

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com