✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, July 4, 2014

Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

As-Salam


Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor | Sempena bulan yang mulia ini, aku selaku salah seorang ahli tetap Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon bantuan dari rakan-rakan Blogger untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi.Semoga jasa baik korang semua mendapat Rahmat dari Ilahi.

Apa yang korang perlu buat untuk buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ini.Aku cuma minta korang buat satu entry ringkas tentang Program.Dan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit Dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.in shaa allah.

Maklumat Program
Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan Sasaran
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana Yang Diperlukan 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in
Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 
FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com

Dan jangan lupa untuk war-warkan sekurang-kurangnya sekali di facebook,twitter dan instagram.
Jika korang dah buat entry tersebut sila tinggalkan link kat ruangan komen.
Sebab aku nak bagi sehelai t-shirt Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor kepada 10 yang terawal submit link entry ni sebagai saguhati.

Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan terhadap Program Jalinan Ramadhan ini yer.Kita buat semua ini kerana ALLAH swt ,Semoga kita semua mendapat rahmat dan lindungan dari NYA.

2 comments:

Azhafizah Md Nor said...

moga program ini dapat membantu mereka..InshaAllah

salmiah awang said...

kita pakat share kat facebook masing-masingpun sudah memadai.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com