✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, August 22, 2014

Pengumuman Pemenang Peraduan Ujibakat Online Drama Seludup

As-Salam


Pengumuman Pemenang Peraduan Ujibakat Online Drama Seludup | Alhamdulillah.. Dah ada pemenang ye pencarian bakat baru "Seludup" tu. Ada 2 pemenang, Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur.

Untunglah diorang kan dapat berganding dengan pelakon-pelakon tanah air, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Jehan Miskin selaku pengarah pun ada berlakon selaki tau!

Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.


Murah je rezeki diorang kan. Bayangkan lah sebelum ni, Andiaka pekerja restoran je, Afiewah pula seorang pelajar. Bukan setakat dapat berlakon di dalam drama ‘Seludup’, mereka berdua ni juga akan dapat hadiah wang tunai bernilai sehingga RM15,000. Tahniah korang!!

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd : Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                               


6 comments:

young girl said...

nak tngok video dorng?

twinscraftlife said...

안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Tahniah bagi mereka yang menang~

Azhafizah Md Nor said...

Tahniah untuk mereka..

Mimi Azirah said...

tahniah buat mereka

Mimi Azirah said...

tahniah buat mereka

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com