✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari :Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Anda #day7

As-Salam

Cabaran 30 Hari :Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Anda #day7 | Wahhh dah seminggu ye kami jalankan task ni. Hehe. Ok task ke-7 ialah seperti tajuk di atas. Sejauh mana pelajaran tu penting bagi uzu ?

Uzu mengakulah uzu bukan budak yang pandai. Tapi Alhamdulillah masuk juga Politeknik Kota Kinabalu , ambik kos Diploma Ukur Bahan. Sijil/Diploma dari Politeknik ni memang laku tau kalau bab kerja. Tapi susah sikit kalau nak sambuung degree ke UPU , IPTA segala tu.


Uzu lepas habis Diploma, uzu kerja setahun kat Ofis Land Survay. Tapi hati nak kerja tu takda dan uzu berputus harap dan kecewa tunggu UPU tak dapat2 kan.. Walhal pointer diploma pointer 3 ke atas.

So dah decide nak sambung degree juga walaupun swasta. Nak sambung kat Sabah tapi takda kos uzu kat Sabah. Tu sebab lah uzu masuk IUKL (Infrastucture University Kuala Lumpur) . Ambik degree QS . Sama macam diploma.

Kenapa Degree ni uzu sanggup ambik juga walaupun mahal gila cadbury? Sebab harapan bapak uzu nak tengok uzu berjaya, janji bapak dengan arwah mama uzu . Lepas tu, dalam family, uzu sorang je yang sambung degree. Yang lain dapat keja gomen. Ada yang sampai Diploma je terus kerja. Uzu pulak tak isi SPA tu. sengaja tak isi sebab tak nak dapat keja gomen tahap diploma atau Spm. 

So bapak pulak dah jadikan uzu ni sebagai anak harapan dalam keluarga. So mahal tak mahal, belakang cerita. Bapak dan adik beradik uzu pun berusaha sebaik mungkin tuk bayar yuran, nak tanggung yuran uzu kan. 

Uzu belajar memang sebab bapak uzu nak. Mestilah dia nak salah 1 anak dia sambung degree kan. Dah Alhamdulillah, uzu masuk study sini pun, dia happy sangat. Dah jadi kebanggaan dah. Bila orang tanya, "anak study kat mana?" haaa dia dah boleh jawab dah dengan penuh bangga :D " Anak aku study dekat KL . ambik ijazah. anak kau pulak? " haaa mesti gitu kan? Hahahaha :D

Bapak uzu tau uzu pasal blogger ni tapi dia tak tau uzu cari duit poket sendiri dengan berblog. Uzu buat itu, uzu buat ini. Dia tak tau. Apa yang dia tau bagi duit minggu-minggu. 

Tu lah.kesimpulannya bab pelajaran ni memang penting sangat. Uzu tau, rezeki Allah tak kira tahap mana dia belajar, tapi uzu sekurang2nya berusaha dan mencuba menjadi anak contoh dalam keluarga. InsyaAllah.. Doakan uzu ya! Dan terima kasih sudi membaca .. As-Salam


11 comments:

siti zawiah said...

semoga berjaya dalam hidup kak Uzu.. :)

Nieyna Zainal said...

dalam blog pn mak nina tau nina cari duit tp dia tak berapa nak support sangat la .. huhu .. dah minat so nina teruskan .. n next year doakan nina pulak sambung degree .. kalau la .. hahaha

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

All the best kak uzu.. ena pun usahakan habiskan degree .. insyaAllah...

sHaRiNa eLyaNa said...

all the best uzu, smoga jd lect nnt :)

Hafiz Hafizol said...

All the best Kak Uzu !!!

Che are said...

belajar iukl ker, kita belajar dekat uniten tu ha, sebelah jer..dah degree tahun dua dah kita dekat situ

Mardiah Diana said...

Semoga berjaya dik Uzu...

Illya Farhana said...

Good Luck Uzu.. rupenye kite same.. graduan diploma dr poly.. tp sbnrnye blh je kite dr poly dpt upu laa.. leya smbung study at UTeM, Melaka.

Azhafizah Md Nor said...

All the best Uzu!

Nadia Johari said...

alhamdulillah..tak kira swasta atau tak..kalau nk study kenela study

Rosmiza Ali said...

Tak pandai takpe Uzu.. Janji semangat nak belajar tu ada.. Akak doakan uzu berjaya dengan cemerlang dalam degree ni.. Amin.. ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com