✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, September 28, 2014

Panik Bila Hampir Di Samun !

As-Salam

Panik Bila Hampir Di Samun ! | Nak dijadikan cerita, uzu ni tengah drive dari Melaka nak ke hostel. So uzu masuk lah laluan ke Bangi & Kajang kan. Tapi tersesat jalan la pulak mungkin tengah malam tak nampak jalan yang gelap.

So uzu berhenti kejap kat tepi depan dengan shop lot area Kajang.. Konon nak on waze. Eh tapi tenet habis kuota pulak. Pastu give up tak tau jalan, uzu suh kawan uzu lagi ganti mandu..

"weii hang la drive"

"haaa buka pintu"

uzu pun buka pintu.. pastu , baru nak buka pintu sikit, kawan uzu tu tetiba cakap camni..

"uzu. tutup pintu balik. tutup balik..pastu jalan"

dengan muka blur. tetiba pulak kan..tadi kata nak tukar mandu..

"jalan cepat!"

pastu uzu dengan perasaan panik pun sempat tengok lah sidemirror kiri kanan. uzu nampak 2 motor yang sedang menghala macam ready nak merompak. Dia punya usha tu lain macam.

Perghhhhh kawan uzu cakap, 2 motor tu dalam keadaan ready dah macam nak merompak. Ish ! panik gila uzu. Takut nak drive dalam keadaan macam tu..Uzu jalan je dengan hati dupdapdupdap.. Pastu kat traffic light, cepat2 tukar pemandu. Uzu tak sanggup dah ! tangan mengeletar , masih panik. takut tu masih ada.. sampai lah sekarang. 

hmm pengajarannya? 
  1. Jangan drive memalam bagi pompuan ye ! 
  2. Jangan jalan tempat gelap apatah lagi berhenti tempat sunyi
  3. At least kena ada lelaki teman .
  4. Tenet penting untuk waze !
Uzu bukan tak berhati-hati tadi, dah berhenti kat tempat ada lampu, tapi apasal lah mamat 2 ekor tu port dia kat situ. Huhh..Bayangkan kalau kawan uzu tak perasan dua mamat naik motor tadi? Apa jadi? Allahuakabar. Nauzubillahiminzaliq ! hmm . moga Allah jauhkan kami dari musibah. Amin.

14 comments:

NJihe.am said...

Salam singgah, uishh.. masa baca pun hati dok dupdapdupdap. Alhamdulillah kak uzu dengan kawan, tak apa-apa. studioous.blogspot.com

Keyna said...

sekrg ni kerap sangat rompak, samun, ragut.. ap la nak jadi degn budak2 skrg.. hurmmm

hati2 la kak uzu, lepas ni kalau boleh elak kan keluar malam ye... bahaya sangat2.. :(

mOoN IzzaN said...

sgt bahaya.. jadikan pengajaran buat kita semua..

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum... emasputih,

berhati2 yer... pastikan berteman k

mdrlim3

Cik Fafa said...

takut pulak dengar.

Rina Pretty Healthy said...

Oh. No. Dekat juga area umah i di bangi. dimana mana pon perlu berhati hati n berjaga jaga.

Ieta Mat Saad said...

Ahamdulillah Uzu tak apa2... hati2ah ya. Kawasan tu mmg selalu macam2 Uzu...

Suria Lekatlekitgurl said...

asben akak pernah tolong budak kolej hampir2 kena ragut sebab dia parking kereta jauh dari kolej. asben akak perasan dah ada mat motor dah usya budak tu.. terus asben akak tolong hantar kat tempat dia parking kereta. memang bahaya bg perempuan tak kira siang atau malam kalau berjalan sorang diri kat tempat berisiko kena ragut/samun

Nur Farahuda said...

Alhamdulilah nasib baik kak uzu dan kawan selamat.

Nadia Johari said...

Hai2 uzu..nasib kawan nampak

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... Dilindungi Allah..

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

bhya skrg ni..kena sntiasa berhati2

junainah mohamed said...

Hati-hati Uzu...zaman sekarang ni orang jahat ada di mana2...nasib baik jugak uzu berteman. Kalau sendirian tak tahulah apa jadikan? Nauzubillah..

Azhafizah Md Nor said...

alhamdulillah takde ape jadi.memamg kena berhati hati kat mana mana pun tak kira masa uzu..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com