As-Salam
Pengalaman Pertama Tengok Live Akademi Fantasia 2014 | Sebenarnya tak minat pun nak tengok AF ni tapi memandangkan dah kena jemput, lepas tu p ngan geng #kelabblogerbenashaari yang tersayang, tersempoi, tersporting, terhavoc, agak-agak tak rugi ke join? Haaa rugi lah! Dah la dapat seat vvip gitu . Bangga kejap. Thanks abg Ben Ashaari sebab jemput we ols.
Pembukaan AF 2014 memang best, dengan persembahan Hattan selaku pengetua AF2014 kali ini, juri-juri berpengalaman, Dato Ramli MS, Raja Azura dan juri jemputan Tam Spider.
Pengacara minggu pertama pula Zizan dan Jihan. Wahhh best lah gabungan dua pelawak ni. Tak kering gusi uzu dengan lawak santai diorang ni. Hahaha. Tapi rupanya, Jihan pegang Diari AF je. Dan pengacara yang sebenarnya, gabungan Faizal Ismail & Zizan Razak. Hmm tak pernah tengok lagi . So tak boleh menilai ok ke , tak kan.. Haaa...
AF2014 untuk minggu pertama, banyak kejutan, macam-macam hal jadi. Hehe. Vince datang. FBI datang masa pengingkiran. Tak sangka betul lah. Hehe..
Peserta pilihan uzu semalam? Uzu lebih suka NUHA dan EQWAL. Eh EWAL. Dulu nama dia EQWAL kan. Memandangkan uzu kenal dengan Eqwal, so uzu sokong dia. Kenal sebab dia pernah join trip media ke Bagan Lalang. Tapi bakat Ewal memang menyerlah semalam. Terbaik. Ramli MS pun sokong !
Next week? Teruja pulak nak tengok live ! Dah ketagih ka apa? Haha best siot tengok live. Pengalaman tu. Tak semua orang dapat tengok camtu. Harap dapat tiket lagi minggu depan !! Ok lah. Salam..
*Semalam duduk di sebelah Man Rajawalak*
14 Sila Komen:
untung lah tu...ad x video dorg nyanyi? rmi plak yg sokong ewal ni
Ada sana rupanya..hihi
Jeles sebab tak dapat join sekali!! huaaaaaaaaaaaaa
bila dapat tengok LIVE ni feeling dia lain sikit daripada tengok kat TV...kan..heee
Salam perkenalan uzu :)
sonoknya dapt g live AF ;)
jemput ke blog saya www.ladysara84.blogspot.com
Assalamualaikum dan singgah pagi dik Uzu...wahh...bestnya dapat nonton secara live konsert AF....
Untunglaa dia dpt gambar dengan retisss..hehe
wah bestnya..untung lah kak uzu..
Bestnye....leya pun lom ade kesempatan lg nak ke sane
untunglah..
best la dapat tengok live
nanti ada rezeki kita tengok sama2 ek...ihikss...
eh yng ni bukn live ke..knpe minggu depn pulk live
Akak tak pernah ikut AF dari musim 1st sampailah skang.. Tapi kalau dapat event invitation mcm ni pegi jer.. PREE kot.. Rugi tak pegi.. Hikhik!
Rosmiza Ali Official Blog™
Post a Comment