✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, September 22, 2014

Sukaneka Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari #day2

As-Salam

Sukaneka Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari #day2 | Hari kedua pula, kami ada sukaneka. Lama dah tak join aktiviti macam ni. Best dan menyeronokkan. Hehe. Sebelum memulakan sukaneka, kami breakfast dulu . Dan masing-masing memakai baju sukan dan pakaian bersesuaian.

Sebelum aktiviti sukaneka start, kami kena buat senaman ringkas untuk memanaskan badan. Hehe  ..
"1 2 3 4 pecah pecah lemak , 1 2 3 4 pecah pecah lemak"


Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan aktiviti pertama ialah bowling kelapa. Hihi. Payah jugak nak score ni.  Asyik jatuh ke tempat lain je.


Aktiviti kedua, sambut belon . Sapa belon yang banyak tak pecah, maka menang lah. Hehe. Susah tau nak buat ! Basah kitorang..


Aktiviti ketiga, ialah cari gula-gula dalam tepung. Yang ni uzu tak nak buat. Nasib baiklah kami menang aktiviti yang ni. Kak sue lah yang banyak cari gula-gula dalam ni. Habis muka penuh tepung. 


Seterusnya, aktiviti keempat ialah penuhkan air dengan span. Memang kena buat dengan berhati-hati. Hehe. Penuh stratergi nak buat ni. Tapi tak penuh-penuh jugak. Hahaha :D


Berlari dengan bola pingpong adalah aktiviti kelima. Kami menang aktiviti yang ni tapi uzu bagi can group yg kalah kena tempek gambar kat sini. Ewah kak ruby, penuh semangat !


Dan yang terakhir, tiup belon sampai pecah. Hihi. Yang ni paling menakutkan. Haha. Sakit woo bila pecah kena kat muka..


Hehe. Sangat seronok buat aktiviti-aktiviti sukaneka yang dianjurkan ! Semua geng Kelab Blogger Ben Ashaari sporting-sporting ! Kami sangat have fun ! Siapa yang kalah, tak kisah sebenarnya, yang penting pengalaman berharga buat kami.  

Last sekali, thanks a lot to Agrofarmstay Resort sebab sediakan aktiviti sukaneka yang awesome ni. Thanks sesangat atas pengalaman yg berharga !! Ok lah. tu je. hehe Salam ..

9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

tang belon tu akak takut uzu...huk huk huk, kalaulah meletopsss... adehhh.... mak lari dulu nokss...

Normi Nieza said...

wah..bestnya uzu..:)

Miela Asmila said...

Bestnya main baling belon.baling telur lg takut...busuk... Selalu gak bt sukaneka bila join aktiviti Tavac

::EIDA:: said...

muahahha tergelak gelak ida tengok pic korang!!!! comel! hahahaha

Maria Firdz said...

Mriahnya...

nor hidayah mohd nor said...

Best pulak tengok aktiviti korang. dah lama xjoin aktiviti sukaneka macam ni. hehe

TunSha Ayunie said...

seronok hangpa bersukaneka.... rasa kalau aku join, akulah paling katek sekali kat situ.... semua tinggi2.... haha

Hasnieda Mohamad said...

Happening!...
Mesti best kann...

Rosmiza Ali said...

Seronoknya dapat bersukaneka sesama rakan blogger.. Dah lama tak bersukaneka mcm ni.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com