✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, October 30, 2014

Adakah Ketulan-Ketulan Ini Tanda-Tanda Kanser Payudara?

As-Salam

Adakah Ketulan-Ketulan Ini Tanda-Tanda Kanser Payudara? | Bila ada ketulan-ketulan kat payudara, mesti kita dah mindset kat kepala yang benda tu tanda kanser payudara. Tapi, betul ke?

"ada ketulan-ketulan spt biji guli kat payudara. Hari tu, 3 biji, sekarang dah 5 biji.. Hmm sakit dan bengkak pula"

Geng uzu kat Poli uzu mengadu dengan kami pasal ni. Dia dah lama rasa sakit dan bengkak. Yang peliknya, ketulan tu rasa macam cecair. Risau juga dibuatkan.


Hari tu dia dah p cek kat Klinik. Pastu klinik kata refer to Hospital Queen Elizebeth (HQE) , pastu kena suruh pegi Klinik UMS.. Hmm kesian dia.. Disebabkan kekurang pakar, maka dia terpaksa kesituuuuu kesini... Bayangkan kalau dia guna public transport je..?

Wahai perempuan, jangan segan silu cek payudara anda. Nak malu apa? Tak yah malu.. Kalau ada something pelik-pelik tu, pegi je cek. At least kita cek. Jangan dah bengkak baru nak g cek. Risau tau.

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara
  • Perubahan rasa di payudara atau puting
  • Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara
  • Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

So, kalau ada rasa pelik-pelik, terus cek ye. Jangan malu nak jumpa doktor. Kesihatan kita kena jaga. Tapi, jangan panik.. Tak semua ketulan tu tanda-tanda kanser payudara. So, itu makanya uzu suggest cek je. Kalau bukan , Alhamdulillah. Kalau ye? Cane?

Selamat memikir-mikirkan dan selamat beramal. As-Salam.


7 comments:

Rosmiza Ali said...

Memang kena rajin gi buat checkup.. Tak perlu malu.. Kesihatan tu penting.. Nak2 pulak kita kaum wanita ni, macam2 penyakit boleh bertamu.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

irra yyan said...

Klu checkup pregnancy mmg nurse akan check utk first time checkup n ajar macam mana nak tau ketulan2 tu...tapi kat klinik kesihatan ibu dan anak la...elok la jugak boleh tahu perkembangan kesihatan diri..Singgah dari segmen yang sama. Salam perkenalan daripada
mommy Irra

Kak T said...

jgn lengah cepat gi checkup,jgn jadi macam anak sepupu akak,umur baru 22 tahun dah ada kanser payudara

Jazz Lover said...

Takutnya. Smoega dijauhkan dari kita semua.

Ainul Mustafa said...

Lepas period kena rajin check kan.saya pun selalu lupa

Zuhairi hairi said...

Tanda-tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersama dengan pasangan dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Zuhairi hairi said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com