✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, October 2, 2014

Ke Balai Polis Gombak Pulak Memalam ni !

As-Salam

Ke Balai Polis Gombak Pulak Memalam ni !! | Hmm apasalah lah uzu sangat careless ni. Ya Allah !! Hari tu lepas kat Melaka, lepak kedai makan, beg uzu sandang uzu tertinggal dekat kedai makan. Boleh pula tak perasan. Nasib baik lah geng-geng lain nampak. 

Minggu lalu? Henpon pulak hilang. Nasib baiklah jumpa balik. Tadi? pun ada juga. Masa p Celebrity Witness, kunci lokar lak hilang. Nak buat balik? Rm50 beb ! Nasib baiklah ter-jumpa balik..

Pastu dompet ni pula hilang masa kat kedai makan kat Bangi. Lepak makan ngan Kak Sue & Abg Edy .. Bila nak bayar makanan tu, eh ! dompet ni main cak cak pulak .. Tenang.. Buat muka rileks.. Tapi cuak lah.. Cari kat keta xda, kat tandas xda, kat beg sandang uzu, xda.. Aduiyaii. 

Careless? Entahlah.. Rasa dah jaga sebaik mungkin dah.. Dah pegang elok-elok. Jaga barang sendiri tapi hilang juga. 

MasyaAllah.. Fikir positif ja.Tenang.. Rileks.. Mungkin ada benda Allah nak balas. Ada benda Allah nak tarik nikmat. Ada benda Allah nak buat teguran. Dan mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran..

Dah buat report polis dah tadi. Esok nak p apa yang patut. Hmm.. YaAllah, permudahkanlah urusan-urusan ku esok. Amin. Harap bapa uzu tak tau. Aish hhmesti dia mengamuk punya... !


10 comments:

Mila Hilas said...

susahnya klo dompet ilang.

Lulu Caldina said...

semoga dipermudahkan uzu :(

Akif Imtiyaz said...

Aduhai Uzuu Uzuuuuuuùuuuu kenapa ni..hati2 sikit tau...kena lbh alert ngan brg2 kita sendiri...

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Semoga dipermudahkan segala urusan ... Kena lebih berhati-hati lepas nie ...

Nieyna Zainal said...

:'(

zana fahmi said...

Jgn sampai uzu pula yg hilang ye.... Jaga diri ye

Naniey Jemiey said...

lebih hati2 ya uzu pas nie..mogo dipermudahkan segala urusan

Mas Zull said...

assalamualaikum uzu...susah juga kalau dompet yg hilang sbb semuanya ada kat dalam tu kn...:)

Delimasari said...

gugur jantung - dompet klu ilang

junainah mohamed said...

Uzu oh uzu....hati-hati tau lain kali....nasib baik keluar dengan kawan kan? Kalau sorang2 susah jugak dibuatnya kan...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com