✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, October 23, 2014

Pengalaman Menyayat Hati Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

As-Salam

Pengalaman Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih | Pernah tak korang dijemput untuk hadir majlis perkahwinan bekas kekasih u olls? Agak-agak korang p tak?

Hmm uzu pernah tau jadi kes macam ni. Beberapa tahun lalu. Uzu dah invitation directly from his mom and uzu pun terkejut. Macam tak caya. Lagi-lagi uzu ngan si dia hampir 3 tahun lebih kot..Adalah rasa cemburu. *krik*

Kalau korang lah, agak-agak korang p tak? Mesti ada yang tak nak p kan. Tapi uzu time tu, p juga majlis tu. uzu bawa kengkawan uzu ..

Nak dicarikan cerita.. bila uzu jejakkan kaki ke rumah tu, dari jauh lagi his mom nampak uzu. Uzu salam lah ngan dia dan dan dan dan..... mak si dia peluk uzu dan nangis teresak-esak.. Uzu pun time tu tetiba rasa berair mata, nangis juga masa tu.. Lepas tu, datang makcik dia.. makcik dia pun peluk uzu sambil nangis sama. *whats going on? Im ok lah*

Keesokkan harinya, uzu datang lagi sekali , yang ni time majlis resepsi. Uzu masuk ja rumah tu, semua pandang uzu. Mostly dalam tu, saudara mara si dia. Memang saudara mara dia kenal uzu.. Ada yang peluk uzu, ada yang cakap.. "eh datang juga kau" .."sabarlah uzu" .Dah kenapa nak cakap macam tu? Im ok lah ! Bukan dia yang tinggalkan uzu dulu, uzu yang tinggalkan dia. 

*gambar diatas sekadar hiasan. Ni waktu my BFF wedding*

Uzu masa tu siap bergambar dengan pengantin. Hahaha :D Buat rileks je.Semua tengok uzu je. Uzu abaikan je then buat slumber.. Uzu pose sambil senyum nampak gigi buat pose peaceee ^^v . Bergambar ngan pengantin, dalam diri riak berkata "cantik lagi aku dari bini kau #ehhh*

Macam tu lah ceritanya.. Satu pengalaman yang bodoh dan gila. Tak semua berani buat. Dan rasanya, biarlah ni kali terakhir uzu hadir majlis perkahwinan bekas kekasih.. 

Uzu nasihatkan, kalau bekas kekasih u ols invite wedding, jangan pegi tau ! Kita kena hormat pasangan pengantin dan keluarganya. Nanti hilang mood pengantin, kesian lak . Macam spoilkan mood hari bahagia mereka.. Kehkehkekeh. Kan? Korang pula macam mana? Ada pengalaman tak? Share lah. Hihi.


31 comments:

TengkuButang said...

Teman takkan pergi kenduri ex teman if hati tak kuat dah masih ada rasa syg kat ex tu.. Tp bg ex yg dah bole lupakan kngn lana dan berbaik sebagai kawan biasa teman ok je.. Teringat ex bf dtg kenduri kawen teman bersama mak mertua x jadi.. Huhuhu.. Sayunya hati.. Kih kih kih.. Kenangan lama.. Kini dah ada buah hati tersayang ada depan mato..

Maria Firdz said...

kira kental juga hatinya tu ea... takpe, bukan jodoh kita kan... xde pengalaman sebgini sbb mmg xde bekas kekasih.. ehhe

Ana Solehah DI said...

teman x der ex...kena tunggu ade ex dulu...hehehe...ex-file ade lew!!

Yana Nana said...

TERBAIKLAH KAK UZU

siti zawiah said...

takkan pi majlis kahwin diorang..takut tak dapat kawal perasaan..huhuhu

Anizz Annisa said...

anis xde pengalaman.. mak anis ade la.. mse mak anis kwen dulu.. ex bf mak dtg mse tengah sanding.. lepas tu ex bf mak pakai baju yg same2 beli time bercinta dulu.. sedih dye.. xboleh nak ckp..huhu.. kire berani la kak uzu nie.. :)

Lily Erliyani said...

Kalau dua-dua okay je dah dapat terima kenyataan rasanya okay kut nak pergi sebab biasa nya dia tetap kawan kita kan. tak apa la, bukan jodoh kita. doa yang baik-baik je. heee...

Bro Framestone said...

Pernah je....

Siap ada juga jemput ex-ex Bro yang lelama dan yang baru... Tapi, ada la beberapa orang je yang munculkan diri

Yang lain, ada urusan lain yang perlu diutamakan kot

www.broframestone.com

Bintang said...

Dah mcm lagu tenda biru je. Ciss. Bintang dulu pernah jugak rasa, awal2 tu kental lagi.. Sampai je pengantin, terus pitam. Haha. Sejak pada tu terus fobia nak g majlis orang.. Almost 3 years jugak lah.. :/

Sara Liyana said...

Kental.hati uzu
terbaik

ஐ iqwa-niera ஐ said...

perghhhh. kental hati akak. kalau sya xtahu la. mampu ke tidak. hihihi.

Nuriesya Nadia said...

Tapi dah kalau ex tu yang jemput camne ? Yang best bukan jemput exnya tapi jemput kita ni. Partner ex dia. Mesti dalam hati dia 'ai nak tayang wedding ai kat uollss' eh ! :P

Mila Hilas said...

takde pengalaman lah.hehe..

mama amir said...

takde pengalaman la uzu...apa2pon, tabik la kat uzu...betul2 kuat semangat...tak semua orang bole buat apa yang uzu buat tau...

Cik Fafa said...

kuatnya hati. kalau saya kompem tak pi.

Liyliz said...

mg tak la liz nk pg kan. hihi

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

saya pn pernah dpt jemputan dari bekas kekasih jgk.. tapi sy tak pg pn.. sebabnya xnk jadi perang dunia.. hahaha wife dia xsuka sy.. entah kenape... huhuhuhuhu

Scha Nazri said...

Uzu tinggalkan dia maybe tak terasa sgtt kot. cuba kalau lelaki tu tinggalkan uzu, agak2 uzu pergi tak?

Ain Ridzuan said...

Xde pengalaman... sebab bila nampak ex gf je terus larikk.. hehe

Ieta Mat Saad said...

Biasalh tu... Manusia mn tak buat silap... Bagus ending ayat Uzu tu.

Kalo kita yg putuskan mmg lah xde hal pergi jemputannya... Namun harus diingat, mungkin 1 day akn trjadi pkr yg sm kpd ank2 kita jika kita buat apa yg pernah kita lakukan kpd org lain.

Yg lepas biarkan berlalu... ^__^

www.blogieta.com

Sofu Hashim said...

Tak de pengalaman
Pengalaman tgk crush kawin je tapi
pi pun dengan suami ok la..hehehe

Muhammad Khudri said...

nasib baik uzu x peluk ex macam kes terbaru tu.... hahaha.. :P

Zie Fauzi said...

hihihi..lucu la entry ni.. kak pernah gi kenduri ex dulu.. sebelum tu kami kwn hampir 7 tahun kot.masa g kenduri dia siap bawa husband n anak lg.. xde rasa apa pun.. lgpun masing2 dh bahagia... hihi

zarulfarhana said...

wahh kental uzu.. kalu saya memang tak dh nk pergi heheheh

Azieera TajulRahim said...

Pegi ajelah, dah dapat jemputan... lagipun i pon dah kawen. Siap pegi satu fmily lagi huhu...

Wenwink Kidu.Duki said...

nope x akan datang... sebb ex aku skang ni punya bakal wife.. kenal aku ni sapa.... haha.. dan dia memang benci gila kat aku n silap silap dia trun pelamin mo tampiling sa... hahaha

nor azira said...

ex x jemput pn.dia kata klu sy dtg nti dia x jadi nikah.haha..

Ct Noraishah said...

haha..kental betul uzu ni. kalau sy memang cnfm xkan

Sweet Pea said...

Pernah dapat invitation dari bekas kekasih juga dulu....mmm...memang x pergi la jawabnya sebab xnak plak kacau majlis kan...

Kakak kacak said...

kalau saya pun saya pergi. haha

Mommy Cici said...

hi dear

baru last month I pergi wedding ex boipreng. siap main kejar kejar dengan anak i lagi -,- hehehe

i mmg dah takde perasaan langsung. mmg putus je terus takde perasaan =.= bukan taste kot muahahahah.

tapi mmg takleh lari atau elak. sbb dok depan umah je T_T so datang dengan penuh takde perasaan lah

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com