✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, November 7, 2014

Al-Kisah Kemalangan Pagi Tadi

As-Salam

Al-Kisah Kemalangan Pagi Tadi | Rasanya ramai yang taw apa yang jadi pagi tadi. Tapi bagi yg belum taw, uzu bagitau sekali lagi. Hm hm mcm malas nak cerita sebab malassss tapi banyak bertanya itu oni so uzu cerita lagi la.

Tadi uzu dalam perjalanan nak p Johor, nak cover event cosmoderm , penaja utama #kelabbloggerbenashaari tapi masa kat Ampang semasa otw nak ambik kak Ruby dan Adam, uzu ada lah kemalangan kereta sikit.

Uzu kat lorong laju, bawa dalam 90 gitu. Takda la laju sangat , punya kusyuk dengar radio, pastu tetiba "dummmmmm" .

Aik.. Ya Allah.. Sapa la kuajaq kan tetiba berhenti ni.. Kau dah kat lorong laju tetiba berhenti, napa? Uzu keluar, abang  yang drive .Nak marah ke tak ni? Kang tak bertegas uzu pula yang kena blame. 

"Abang.. Kenapa tetiba break? Ya Allah saya nak p johor ni.. Macam mana ni?. Lambat dah ni.."

"nak buat macam mana? Kereta depan jammed " expalain dengan muka panik dan mundar mandir. Kesian dia. Uzu tak leh tengok orang gitu. Tahap kesian uzu melebih2.

Uzu keluar dan terus ambik gambar. Minta no fon dia. Dia bagi no fon, aippp boleh percaya ka henpon dia bagi ni. Dia bagi no fon, terus nak belah.. Nak p genting katanya.



Uzu tak caya no fon dia yang dia bagi tu so uzu suh tunggu. Nak call bagi kepastian, kang dia bagi no pon tipu, nak buat macam mana? Pastu uzu call. Ok no uzu terpapar kat fon dia.. 

"So, abang.. Nak buat camna ni, jom buat report"

"Kalau buat report, awak juga yang kena ni. Awak yang langgar belakang saya"

Eh eh eh abang. Dia yang slow mengejut, salahkan kita pula. Time ni uzu tak taw sangat pasal peraturan yg langgar bontot kereta orang, kita yang akan kena walau macam mana alasan pun dlagi-lagi bukan kita penyebabnya..

Yang buat stress tu, cina towing datang, cina insurans datang, uzu malas nak layan, uzu just tunggu kawan uzu sampai. Biarlah yang lebih arif menyelesaikan. Nak sejam juga baru setel. Malunya duduk sesorang dalam kereta. Kesian kat Ampang tadi jammed. Maafkan saya. Sobsobsobs..

Last sekali, kereta kena masuk bengkel. Serabut otak ni. Nak p Johor tu nak cari duit lebih, tau tau , duit pulak yang keluar, nak kena bayar itu dan ini, kot lah abang tu minta ganti rugi. Tapi nasib baik dia tak minta ganti rugi, nampak tak yang dia memang bersalah? Dan kerosakan kereta dan penarik kereta di bayar insurans. Uzu just bayar saman je RM300 . Pastu nasib baik dia bagi diskaun sebab bayar cepat..

I dunno lah nak buat apa, certains simpati kat uzu, ada gak blame uzu. Aduiii kalau anda ada ditempat kejadian, memang tau lah salah siapa. Abang cina towing saksi pun nampak lah yang uzu tak bersalah. 

Menangis juga fikir masalah yang datang tambah henti. Allah. Dugaan sangat hidup uzu sejak dua menjak. Menangis nak fikir bayar hostel, menangis nak fikir bayar yuran u yang sepatutnya di bayar hari ni.. PTPTN tak masuk lagi.. Dan uzu berat hati nak minta bapa uzu duit. Nak bagitau uzu accident pun, tak sampai hati. Kesian orang tua tu nanti jadi risau, sakit kang.. Sapa susah?

Pastu, pening kepala, time kereta masuk bengkel ni 3 4 minggu ni, uzu nak naik apa p praktikal ni? Dah la takda public transport. Tak kan naik taxi? Aiyoooo merenung nasib yang malang. Allah nak uji. Sabarlah..

Tu je lah luahan hati sayu uzu hari ni. Terima kasih kepada Abg Ben, Kak Ruby , Posya dan geng-geng #kelabbloggerbenashaari yang buat uzu rileks tadi. Uzu tengah trauma nak drive kereta ni. Tadi ada juga bawa kereta sekejap, bergegar lutut. Rasa macam tak reti memantu. Takut gila.. Terus tak nak drive buat masa ni....

20 comments:

Mila Hilas said...

pergh panik gila sb kita yg langgar org...kne bertabah walau bukan slh kita tetap diperslhkan sbb kita duduk blkg..huhu...kesian uzu....

Hajar Rash's said...

byk dugaan kak uzu..sabar ye kak

Zierwa Zainal said...

Allah.. nsib sis xde ape2.. moga Allah permudhkan segala urusan sis

Najlaa 'Aqilah said...

be strong!

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Nadia Johari said...

Alhamdulillah uzu selamat...takpelah ade hikmah disebaliknya

luqman zakaria said...

take ur time uzu.. after accident mesti rasa macam tuh...Insyaallah nanti oklah..yang penting sekarang tak jadi apa apa kat uzu.

luqman zakaria said...

take ur time uzu.. after accident mesti rasa macam tuh...Insyaallah nanti oklah..yang penting sekarang tak jadi apa apa kat uzu.

zarulfarhana said...

mybe ada hikmah.. sabar ya uzu...

Nazlee Ismail PCL said...

ada baca pasal uzu xsiden pg td tu..sabar tu ujian, moga tabah ye uzu..jgn mengeluh..

Harith Iskandar said...

owh ini ker kesnyer?mm kalau langgar belakang org kite yang salah tau...xkira lah apa saja alasannya hehe ok lah take care yer.jangan trauma2 lg lepas ni.simple kes je ni :)

amir zahari said...

Yang penting xde apa2 serius injury.. apa yg berlaku mesti ada sebab.. setiap kali keluar dari rumah, "Bismillahitawaqaltu'alallah, lahaulawalaquwataillabilla.."

Kita berserah dan bertawakal pada Allah yang maha Esa yang melindungi serta menjaga kita secara mutlak.

TengkuButang said...

Allahuakbar.. Mujur uzu tak apa apa.. Sabar yea uzu.. Ada hikmah di sebaliknya.. Uzu jangan stress yea.. Doa byk byk miga Alkah permudahkan segalanyA..

Syaza Raihanah said...

Sabar ya, kak Uzu. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni...

Rosmiza Ali said...

Kesiannya Uzu.. Tapi Alhamdulillah Uzu tak apa2.. Duit boleh dicari, nyawa tu lg penting.. Sabar byk2 Uzu.. Mesti lg byk hikmah & rezeki buat uzu lepas ni.. Allah just nk tgk sejauh mana Uzu sabar hadapi ujian dari Dia.. Semoga kereta Uzu cepat siap ye..

Izzati Amira said...

bapak pernah pesan, even orang depan brek tiba-tiba sekalipun and kita ter'cium' bontot kereta dia, tetap kita yg salah. takpe, yg penting kita ni selamat.

even bapak yang dah berpengalaman dlm bwk kereta, terlanggar bontot kereta org pun boleh bergetar lutur a.k.a trauma, apetah lagi sis kan...

Normi Nieza said...

sabar yer uzu...

Akif Imtiyaz said...

Banyakkan bersabar ya Uzu..Relaks ..Jangan cepat mengalah ..Ini semua ujian dunia untuk Uzu ..Semoga Uzu dapat lalui semua ujian dengan tabah ya

Ayu azmir said...

Harap bykkan bersabar... dugaan Allah... pasti ade hikmahnya

INSYIRAH HUSS said...

Baca entri ni,teringat tahun lepas kereta dilanggar orang.
Masa tu nervous bukan main.Bukan kita langgar dia,dia langgar kita.
Tak tahan dia siap menipu kerja dia.Last2 kita pergi cek KWSP terus bongkar rahsia konon tak de duit nak bayar ganti rugi.

Mummy Hana said...

sabar ye Uzu..ada hikmah di sebalik setiap kejadian yg berlaku...be strong dear.. (^_^)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com